Aku bermimpi rumahku dimasuki singa. betina, kegusaran melanda takut dibaham diriku. Sebaliknya berlaku, mereka begitu jinak dan mesra malahan kelihatan memanjakanku. Kerisauan baru pula terdetik,bagimana mahu aku hindari makhluk ini? tentu sahaja membahayakan ahli keluargaku. Mana boleh dengan mudah mempercayai singa betina yang sememangnya kami makanannya.
Aku segera memaklumkan pada ahli keluarga, namun apa yang terjadi di luar dugaan? singa betina sebaliknya amat jinak dan mesra dengan anak-anakku.
Terdetik di hatiku bagaimana nak bagi makan singa ni dahler beso. Tah dari mana, tetiba jer, ada seekor kucing kurap yang sedang makan, lalu singa tersebut terus mengejar dan memakan kucing tersebut.
Bila sahaja hati aku terdetik lagi risau tentang kecukupan pemakanan singa betina tersebut yang besar dan gagah dengan sekadar sumber makan kucing kurap yang tak seberapa bilangannya di sekitar rumahku. aku terjaga!