Khamis, 14 Januari 2010

Ahad, 27 Disember 2009

Appendiks



Adalah merupakan saluran yang bersambung dengan selekoh usus besar sebelum memasuki usus kecil atau dipanggil cecom... menurut ilmu perubatan melayu purba (belum dibuktikan lagi-tiada sumber bertulis atau internet)ia adalah merupakan rumah bagi bakteria atau kuman-kuman baik dalam membantu penghadaman makanan dalam perut manusia. Masalahnya akan timbul bila rumah ini diambil alih oleh parasit parasit(cacing) atau bakteria jahat atau apendiks ini memberontak menjadi barah.

Pemakanan yang tercemar seperti makanan mentah atau tidak cukup masak (sushi, belacan dll makanan mentah) adalah membawa dan mendedahkan risiko terkena penyakit ini.

Wa Allah hu alam...

di bawah pula bila barah pula buat hal



berikut adalah symptom yang harus anda tahu...(lain org lain symptom)

- perut anda lebih angin dan berbau sangat busuk bila kentut. muntah.
- sakit perut yang memulas-mulas
- sakitnya akan berlanjutan sehingga boleh membawa maut. dimulai dengan rasa sejuk walaupun orang lain kata panas(tempoh x lama lagi sehari 2 jer tu)
- perbuatan berjalan, batuk dan bergerak akan membuatnya bertambah sakit
- hilang selera makan, demam dll sakit.
- sakit yang amat sangat di lokasi apendiks tersebut bahagian kanan tubuh akan lumpuh seketika...

(amaran: sila dapatkan rawatan doktor dengan segera. penggunaan ubat tahan sakit atau lain-lain ubat takkan membantu lagi. melainkan menambahkan sakit dan penyeksaan)

Risiko apendiks akan meningkat dengan pengambilan makanan pedas, minuman bergas dan kandungan gula tinggi.

Appendiks boleh berulang walaupun sudah dibedah jika pantangnya tidak dijaga atau pembedahan appendiks tidak dilakukan sempurna.

Bersama Emas Rahmat Kelebihan, Ada Tanggungjawab.

B.E.R.K.A.T atau singkatan dari Bersama Emas, Rahmat Kelebihan Ada Tanggungjawab adalah merupakan satu perkara yang kita ingin sampaikan kepada semua insan yang memiliki kelebihan...

Sepertimana sesetengah orang mendapat kelebihan kebijaksanaan atau lain-lain kelebihan. Bukan mudah sebab ramai manusia hanya tahu merendah-rendahkan orang lain selain memotivasikan semua orang menuju kehebatan dan kesejahteraan semua.

Bagaimanapun Tafsiran Merendah-rendahkan orang lain janganlah disempitkan. Boleh jadi kata2 yang kedengaran seperti merendah-rendahkan itu sebenarnya adalah kata-kata motivasi bagi sesetengah orang. Terpulang pada kita menafsirkan atau menterjemahkan kepada diri kita. Menjadikannya positif atau negatif.

Adakala Kata2 pujian melangit itu sebenarnya kadangkala melemahkan diri kita. Teringat Kata2 Ayah pada Abdullah munshi yang tidak mahu memuji kebolehan anaknya kerana dikhuatiri anaknya akan berpuas hati pada pencapaian semasa nya itu.

Itu yang seharusnya kita melihat dalam diri kita dalam menerima persepsi dan kata-kata orang lain yang akan sentiasa atau tetap sahaja berkata-kata semahunya.

Adiputra,
Oleh itu, jika ini jenis yang sentiasa suka meletakkan busuk atau buruk sangka dengan semua tindakan dan perkataan orang. Maka itu beerti hati kita kotor dengan bisikan jahat yang akhirnya menjatuhkan kita akhirnya.

Ini dapat dilihat bagaimana kesan dari sikap pemain Bolasepak Malaysia yang terlalu melayan emosi dengan pengadilan yang sememangnya tidak adil terhadap Malaysia semasa perlawanan dengan Vietnam. kekalahan 3 berbalas 1 adalah bukti kesan terlalu melayan perasaan tidak puas hati yang sebenarnya tidak bawa ke mana!

Namun, Setelah ditegur dan dinasihati jurulatih RajaGopal membuktikan kejayaan Pemain Malaysia pada perlawanan Akhir telah berjaya mengatasi emosi dan memperlihatkan kesabaran yang bijaksana terhadap sistem pengadilan yang buruk dan hodoh oleh pengadil asing itu telah membuktikan kita boleh menewaskan Laos dan Vietnam dengan bergaya.

Ini adalah fakta yang diakui semua. Kita wajar menerimanya dengan positif. Jangan mudah sakit hati bila dihina orang. Renungi apa yang dikata! bukan siapa yang berkata! Ini kerana Kebenaran boleh datang dari sesiapa jua.. malahan dari nabi yang ummi. malahan dari pengembala kambing yang jahil. Malahan dari musuh yang kelihatan bingung.

Jumaat, 25 Disember 2009

gunung berapi yg akan meletus dan dalam tahap 5 bahaya

mayon.. sebuah gunung berapi yang cantik kini dijangka akan meletus tahap 5 serentak dengan anak krakatau. pemandangan letusan yang berlaku dari 18 - 21 Disember 2009 boleh ditonton di

Khamis, 24 Disember 2009

bermain dgn flash web



amaran : Hakcipta adalah terpelihara milik laman web proton Berhad... penyiaran di blog ini adalah hanya embeded imej dari laman web proton yang asal. http://www.proton.com/protonexora/

Ahad, 20 Disember 2009

Kiamat 2012

Aku baru lepas menonton movie 2012. memang menarik tapi fakta sains yang diberikan memang gila2 punya menipu. macam x pernah belajar p sekolah kut! atau mungkin ponteng kelas sains.

Kiamat 2012 Adalah dongengan kosong yang mungkin jadi hiburan sesetengah orang dalam membicarakannya.

Adalah mustahil apabila Allah yang kita kenali selama ini amat suka mendatangkan bala bencana atau pertolongan dengan cara tidak disangka-sangka. Boleh pulak mendedahkan rahsiaNYA kepada sesiapa pun... Memang benar Dunia semua ini akan berakhir tetapi sudah pasti ia akan berlaku dalam keadaan tidak terduga atau terjangka.

Sebagai misal, lihat sahaja tsunami yang membinasakan Aceh, Sumatera. Adakah ada perkhabaran atau ramalan tentangnya? mana mesin pengesan tsunami? Atau gempa bumi di Padang? mana peramal2 yang kononnya mengaku boleh meramal? Bencana alam memang akan berlaku tapi tiada siapa tahu masanya yang spesifik. Manusia hanya boleh menganalisa fenomena alam. Tapi siapa yang rajin sanggup tinggalkan dunia memantau pergerakan bumi yang sukar diduga?

Bagaimana dongengan ini bermula?
semuanya bermula dengan dongeng planet NIBIRU yang kononnya akan melanggar bumi. Ia diramalkan orang Sumerian dan Tarikhnya adalah dalam tahun 2012.
kemudian diikuti Ramalan Kaum China menggunakan I-Ching yang jugak mengakhiri kebarangkaliaan susun atur ramalan yang juga berakhir pada 2012.
Seterusnya kalendar Maya yang kononnya yang juga berakhir pada 2012.
Semua itu adalah palsu. NASA dan lain lain organisasi angkasa lepas dunia telah memantau pergerakan komet dan planet2 tiada bukti wujud planet Nibiru yang kononnya akan melanggar bumi.

Adakah susunan planet yang akan jadi sebaris akan memberi kesan pada medan gravity galaksi dan menyebabkan bencana?
Benda kedudukan sebaris adalah phenomena biasa dan berulang dalam tempoh lebih kurang 10 tahun lebih sekali. Setakat ni, tak pernah pun berlaku bencana beso pun! malahan kedudukan bumi akan selari dengan galaksi bima sakti dan matahari setiap bulan disember. takde apa2 yang penting berlaku melainkan kutub bumi berubah sedikit. Dan ianya berulang-ulang setiap tahun.

Adakah mungkin wujud anjakan kutub yang besar sehingga mengakibatkan bencana?
Anjakan kutub adalah benda biasa. kita memang sedang hadapinya itu yang terjadi malam yang panjang atau siang yang panjang di bahagian selatan dan utara bumi.
Malahan Anjakan kutub telah berlaku dan sedang berlaku beratus ratus tahun dahulu tetapi tidaklah sehingga memberi bencana besar.. malahan suatu masa kutub utara dan selatan pernah berada di garis Khaltulistiwa...

Apakah solar storm?
Solar storm ataupun kilat matahari adalah benda biasa je berlaku dianggarkan dalam 11tahun sekali. Ia setakat ni merosakkan sistem telekomunikasi sattelite di bumi... atau handphone yang menggunakan sattelite sahaja. Atau unit Astro di rumah atau TV parabola. benda ini adalah biasa dan diajar dalam syllabuss Electronic communication

Sabtu, 19 Disember 2009

Perbandingan timing chain dan timing belt


Timing Chain



Kelebihan Timing Chain

- kurangkan penyelenggaraan enjin yang memerlukan pomen menyentuh enjin kita sehingga hampir 250000 km(250 ribu Km)<-- bergantung pada model.
- memerlukan kepakaran kejuruteraan yg tinggi bagi pembangun enjin berkenaan.

kekurangan timing chain
kononnya oleh kerana chain dari material yang berat maka ia menggunakan/memerlukan kuasa enjin yang kuat. penggunaan kuasa yang lebih. (mungkin sudah dibaiki atau dipertingkatkan kejuruteraannya)..
harga enjin yang lebih mahal secara jangka pendek(keuntungan jangka panjang)


Timing belt


kelebihan timing belt
- lebih ringan, tidak perlu kuasa enjin yang besar.
- tidak perlu lubrication?(pelinciran)

kekurangan timing belt
- pengguna perlu peka 90ribu sehingga 100 ribu penukaran timing belt dan benda benda lain seperti tensioner dan water pump(bearing takut pecah).(rujuk gambarajah atas)
(anggaran kos 300 - 500 - bergantung pada model).
- enjin anda akan disentuh pomen. risiko kesilapan manusia meningkat.

Tarikh hari ini

slow connection? click here