Memaparkan catatan dengan label teknologi.. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label teknologi.. Papar semua catatan

Isnin, 29 Oktober 2012

Seni menyebar cerita palsu

Seni menyebarkan berita palsu adalah merupakan cabang seni yang klasik  demi memegahkan sesuatu bangsa atau tamadun lama.

Seni ini telah lama diamalkan oleh sesuatu kerajaan untuk mendatangkan kegerunan kepada  institusi beraja, segolongan penguasa sebagai misalnya. mendatangkan motivasi kesetiaan yang tidak berbelah bahagi kepada sesuatu institusi pada zaman feudalistik atau boleh juga pada zaman demokrasi kononnya.

Tidak terkecuali tentang sejarah pembinaan piramid mesir yang terkenal digelapkan sehingga pelbagai cerita palsu yang kononnya wujudnya teori berasaskan dongeng bahawa pembinaan ini oleh makhluk asing atau bantuan jin atau teknologi antigraviti atau teori teknologi teleportation dan lain-lain yang bertujuan untuk melahirkan rasa kekaguman terhadap sebuah pencapaian teknologi yang dahulunya biasa sahaja.

Kita telah tahu sebagai pengetahuan umum bahawa tanah liat tertentu atau apa jua bahan asal tanah seperti pasir dan lain-lain jenis boleh dibentuk kepada bentuk tertentu dengan menggunakan kaedah pemanasan seperti pembuatan tradisional labu sayong di Kuala Kangsar atau dalam bahasa moden hari ini dipanggil teknologi seramik.

Perkara ini ada disebut dalam Al Qur-an dalam Surah Al Qasas ayat 38

وَقَالَ فِرْعَوْنُ يَا أَيُّهَا الْمَلَأُ مَا عَلِمْتُ لَكُمْ مِنْ إِلَهٍ غَيْرِي فَأَوْقِدْ لِي يَا هَامَانُ عَلَى الطِّينِ فَاجْعَلْ لِي صَرْحًا لَعَلِّي أَطَّلِعُ إِلَى إِلَهِ مُوسَى وَإِنِّي لَأَظُنُّهُ مِنَ الْكَاذِبِينَ

"Dan berkata Fir'aun: 'Hai pembesar kaumku, aku tidak mengetahui Tuhan bagimu selain aku. Maka bakarlah Hai Haman untukku TANAH LIAT kemudian buatkanlah untukku bangunan yang tinggi supaya aku dapat naik melihat Tuhan Musa, dan sesungguhnya aku benar-benar yakin bahawa Dia dari orang-orang pendusta. "

Perkara ini boleh dilakukan oleh sesiapa sahaja yang ada kekuasaan untuk melakukan dengan mudah tanpa perlu dengan begitu bodoh untuk mengangkat batu yang berat-berat  ke Mesir. Teori Dongeng direka tak lain tak bukan hanya sekadar untuk membodohkan orang ramai agar mengagumi mesir dan menjadikannya sebuah destinasi pelancongan dan kajian yang mendatangkan wang yang banyak

Menurut kajian pakar seramik Amerika pada tahun pertengahan 1980 setelah mengkaji sampel batuan tersebut Kajian Microstructural binaan Gaza Kecanggihan dan ketahanan teknologi konkrit (campuran tanah tertentu dengan air kemudian menjadi keras) purba ini adalah hanya mengagumkan, bukannya mengenai pengangkutan batu batan dan disusun sehingga menjadikan bentuk pyramid.

Terlalu banyak berita palsu disebar samada melalui email, lisan, blog atau media surat khabar terkemuka. Kadangkala membuat dahi kita berkerut mempersoalkan logiknya. contoh:

Subject: NASA predicts total blackout on 23-25 Dec 2012 during alignment of Universe. 

US scientists predict Universe change, total blackout of planet for 3 days from Dec 23 2012. 

It is not the end of the world, it is an alignment of the Universe, where the Sun and the earth will align for the 
first time. The earth will shift from the current third dimension to zero dimension, then shift to the forth 
dimension. During this transition, the entire Universe will face a big change, and we will see a entire brand new 
world.. 

The 3 days blackout is predicted to happen on Dec 23, 24, 25....during this time, staying calm is most important, hug 
each other, pray pray pray, sleep for 3 nights...and those who survive will face a brand new world....for those not 
prepared, many will die because of fear. Be happy, enjoy every moment now. Don't worry, pray to God everyday. There 
is a lot of talk about what will happen in 2012, but many people don't believe it, and don't want to talk about it 
for fear of creating fear and panic. We don't know what will happen, but it is worth listening to USA's NASA talk 
about preparation. http://www.youtube.com/watch?v=6aj1lyEHbZE&feature=related 

Whether it's true or not, better be prepared. No panic, stay calm, just pray. Remember to smile more, love more, 
forgive more...everyday. 

Better avoid traveling during December. 

Para Blogger mungkin menyebarkan dengan tujuan mengejar rating atau pelawat-pelawat supaya mereka layak untuk meletakkan iklan. Namun kita telah menjadi sebahagian dari kerja-kerja menipu orang atau melakukan seni menyebarkan berita palsu.
Antara blog yang menyebarkan;

http://www.nizarazu.com/nasa-menjangkakan-bumi-akan-gelap-pada-23-24-dan-25-disember-2012/

http://www.informasi.my/nasa-menjangkakan-bumi-akan-gelap-pada-23-24-dan-25-disember-2012/

http://azizulhakim91.blogspot.com/2012/10/bumi-akan-bergelap-pada-23-24-dan-25.html

alah senang jer search pakai google pasti anda jumpa beratus-ratus blogger murahan ini menjaja cerita palsu ini kerana menganggap pelayar akan suka dengan cerita ini dan akan melayari blog mereka maka bolehlah mendapatkan rating yang tinggi.

jum cari tarikh dimana terbukti benar semua planet akan sejajar
http://www.heavens-above.com

masukkan tarikh dan masa di laman web tersebut.




Tarikh hari ini

slow connection? click here