Coretan ini adalah nasihat untuk diriku supaya tidak terikut-ikut dengan majoriti trend bangsaku sendiri yang sedang seronok atau dalam kata lain dalam zon selesa sehingga tidak boleh ditegur lagi. Ia tiada kena mengena dengan sesiapa samada yang hidup ataupun yang dah mati. jika terkena pun hanyalah kebetulan sahaja. (jgn perasan.....)
Ulama besar telah menasihatkan dalam Bahasa Arab. tentang kemunduran ummat Islam yang terlalu menjaga hal wangi mewangi mewah bermewah. gaya hingga terlalu bergaya (biar papa asalkan bergaya mewah - atau biar otak kosong asal nampak kemas cantik ) hinggakan tidak meneroka ilmu pengetahuan Allah yang luas lagi hebat kini. Kini jelas, sehingga nak menghasilkan sebatang skru dengan ketepatan dan kualiti yang hebat pun tak mampu.
Tetapi dari sikap buruk kebanyakan ummat Islam suka pula meniru amalan merokok yang makin mengkayakan orang kafir,(yang buruk pandai pulak nak meniru). Inilah masalahnya ditegur dan diberi nasihat dikatakan memulakan celaan. Apa lah nak jadi majoriti manusia yang asyik nak minta puji jer. Agaknya mereka menunggu nabi akan menasihatkan mereka kut. sebab sesiapa pun menegur akan diserang dengan celaan sangkaan buruk "terasa diri perfect ler tu", "nak bodek la tu" dan mudah tersinggung pulak tu.. kelakarlah ummat manusia ni.