Jumaat, 31 Mei 2013

Kekal Nyaman di Dalam Cuaca panas.

Tenaga Nasional Berhad (TNB) ingin menasihatkan para penggunanya supaya menggunakan penghawa dingin secara bijak semasa cuaca panas dan kering ketika ini bagi mengurus penggunaan elektrik mereka dengan lebih baik.
“Penghawa dingin mewakili sebahagian besar penggunaan elektrik sebilangan pengguna kami. Pengguna-pengguna ini berkemungkinan memperolehi bil elektrik yang tinggi ekoran cuaca panas yang berpanjangan kerana mereka lebih selesa duduk di dalam rumah sambil memasang penghawa dingin dengan suhu yang paling rendah,” kata Pengurus Besar Kanan (Perkhidmatan Pengguna) TNB, Ir. Kamaliah binti Abdul Kadir.

Tip-tip berikut boleh membantu menjimatkan tenaga sambil mengelak daripada penggunaan elektrik tinggi yang tidak sewajarnya:
Gambar 1

  • Laraskan suhu sistem penghawa dingin di antara 23 ke 25 darjah celsius. Setiap 1 darjah penurunan boleh meningkatkan kos sehingga 10 peratus.
Gambar 2

  • Tukar atau bersihkan penapis penghawa dingin dengan kerap untuk memaksimumkan potensi penyejukan unit tersebut. Penapis yang kotor menghalang edaran udara dan mengurangkan kecekapan penghawa dingin. Selain itu, penyelenggaraan secara kerap juga boleh membantu penghawa dingin beroperasi pada tahap optimum. 
Gambar 3
  • Tutup langsir dan bidai apabila cahaya matahari masuk melalui tingkap

  • Tutup semua pintu dan tingkap serta lubang edaran udara untuk memastikan udara sejuk tidak keluar dari bilik 

  • Pada waktu malam, guna selimut yang nipis, buka kipas dan tetapkan masa penghawa dingin untuk ditutup. Selalunya suhu bilik akan mencecah tahap yang selesa selepas beberapa jam penghawa dingin dipasang. 

  • Tambahan, penggunaan kipas adalah lebih murah dan membantu pengedaran udara di dalam bilik

Para pengguna juga disaran untuk menggantikan penghawa dingin yang berusia lebih 10 tahun kerana unit-unit tersebut tidak lagi cekap setelah bertahun-tahun digunakan, kata Ir. Kamaliah. Bagi
mereka yang ingin mencari penghawa dingin baharu, di bawah adalah beberapa cadangan untuk memilih unit-unit tersebut:


  • Sebolehnya, pilihlah penghawa dingin yang mempunyai bintang kecekapan tenaga yang paling tinggi. Lebih banyak bintang bermaksud peralatan tersebut lebih cekap berfungsi. 
  •  Pilih saiz dan jenis penghawa dingin yang tepat bagi menepati kehendak yang diperlukan. 
  • Penghawa dingin yang terlebih besar bukan sahaja lebih mahal untuk dibeli dan dipasang, malahan ia juga akan menyebabkan bil elektrik yang lebih tinggi kerana kompresor penghawa dingin perlu berputar dan berhenti secara berulang-ulang. 
muaturun kenyataan akhbar ini di www.tnb.com.my

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.

Tarikh hari ini

slow connection? click here