Jumaat, 31 Mei 2013

Kekal Nyaman di Dalam Cuaca panas.

Tenaga Nasional Berhad (TNB) ingin menasihatkan para penggunanya supaya menggunakan penghawa dingin secara bijak semasa cuaca panas dan kering ketika ini bagi mengurus penggunaan elektrik mereka dengan lebih baik.
“Penghawa dingin mewakili sebahagian besar penggunaan elektrik sebilangan pengguna kami. Pengguna-pengguna ini berkemungkinan memperolehi bil elektrik yang tinggi ekoran cuaca panas yang berpanjangan kerana mereka lebih selesa duduk di dalam rumah sambil memasang penghawa dingin dengan suhu yang paling rendah,” kata Pengurus Besar Kanan (Perkhidmatan Pengguna) TNB, Ir. Kamaliah binti Abdul Kadir.

Tip-tip berikut boleh membantu menjimatkan tenaga sambil mengelak daripada penggunaan elektrik tinggi yang tidak sewajarnya:
Gambar 1

  • Laraskan suhu sistem penghawa dingin di antara 23 ke 25 darjah celsius. Setiap 1 darjah penurunan boleh meningkatkan kos sehingga 10 peratus.
Gambar 2

  • Tukar atau bersihkan penapis penghawa dingin dengan kerap untuk memaksimumkan potensi penyejukan unit tersebut. Penapis yang kotor menghalang edaran udara dan mengurangkan kecekapan penghawa dingin. Selain itu, penyelenggaraan secara kerap juga boleh membantu penghawa dingin beroperasi pada tahap optimum. 
Gambar 3
  • Tutup langsir dan bidai apabila cahaya matahari masuk melalui tingkap

  • Tutup semua pintu dan tingkap serta lubang edaran udara untuk memastikan udara sejuk tidak keluar dari bilik 

  • Pada waktu malam, guna selimut yang nipis, buka kipas dan tetapkan masa penghawa dingin untuk ditutup. Selalunya suhu bilik akan mencecah tahap yang selesa selepas beberapa jam penghawa dingin dipasang. 

  • Tambahan, penggunaan kipas adalah lebih murah dan membantu pengedaran udara di dalam bilik

Para pengguna juga disaran untuk menggantikan penghawa dingin yang berusia lebih 10 tahun kerana unit-unit tersebut tidak lagi cekap setelah bertahun-tahun digunakan, kata Ir. Kamaliah. Bagi
mereka yang ingin mencari penghawa dingin baharu, di bawah adalah beberapa cadangan untuk memilih unit-unit tersebut:


  • Sebolehnya, pilihlah penghawa dingin yang mempunyai bintang kecekapan tenaga yang paling tinggi. Lebih banyak bintang bermaksud peralatan tersebut lebih cekap berfungsi. 
  •  Pilih saiz dan jenis penghawa dingin yang tepat bagi menepati kehendak yang diperlukan. 
  • Penghawa dingin yang terlebih besar bukan sahaja lebih mahal untuk dibeli dan dipasang, malahan ia juga akan menyebabkan bil elektrik yang lebih tinggi kerana kompresor penghawa dingin perlu berputar dan berhenti secara berulang-ulang. 
muaturun kenyataan akhbar ini di www.tnb.com.my

Khamis, 30 Mei 2013

grub boot loader yang menyebabkan windoes xp gagal boot

Ini adalah kenangan ditulis semula dari log kerja semasa zaman penggunaan XP sekarang dah 2013 guna windows 8. Ianya berlaku berpunca masa mencuba-cuba menggunakan dual boot OS Grub loader.


entah macam mana selepas OS open source corrupt. biasalah bad sector semua boleh jadi. missing partition. itulah komputer seperti juga manusia bukan mudah diramal bila nak rosak dan matinya. (lifespan)
Gambar 1
carilah CD installer XP dan restart PC guna CD

Gambar 2
dapat paparan sebegini...

Gambar 3. tekan butang R
Gambar 4: tekan 1
lepas tu, dapatlah amaran berikut... karut marut jer takdernya password ditetapkan tekan  jer.

Gambar 5 enter jer

taip "fixboot"  kemudian tekan

Gambar 6 : taip y kemudian tekan

taip fulak fixmbr kemudian tekan

Gambar 7 taip y kemudian tekan
dah selesai, boleh ler taip exit dan restart PC.



Isnin, 27 Mei 2013

Kehairanan Syaitan




Iblis dan Syaitan sentiasa berusaha menyesatkan manusia secara jangka panjang dan pendek. menimbulkan buruk sangka dan syak wasangka serta fitnah diantara kita dari dalam hati kita.

Pada satu petang, semasa zaman kanak2 ( 7 -10 tahun)  aku telah dipersoalkan 5 kehairanan syaitan terhadap manusia

1. manusia yang suka membina rumah2 dari batu yang lebih kekal lama sedangkan usia tidaklah lama. kenapa sebegitu?

2. manusia yang suka menghimpun2 hartanya sebanyak-banyaknya kemudian meninggalkan untuk dunia sedangkan harta itu tidak boleh diberi manfaat di alam kubur biarpun dibakar pun.

3. manusia yang menyatakan bahawa mereka mencintai ALLAH. tetapi mereka melakukan MAKSIAT kepadaNya dengan mudah.

4. Mereka membenci kami malah mengucapkan kata2 maki lagi nista. tetapi mereka menuruti kami.

5. Mereka yang menggeruni zulumat (kegelapan) wajah2 hodoh jelmaan kami tapi tidak sedikit pun rasa gerun kepada ALLAH yang memliki neraka2, yang melaknat kami dan mencipta wajah2 hodoh kami.

Setelah beberapa hari, dengan bertanya pada arwah ibu...

kehairanan 1
untuk pahala berpanjangan sebab setiap amal anak Adam akan terputus kecuali 3. salah satunya ialah sedekah jariah yang selagi mana dimanfaatkan maka selagi itu ia berpahala.

kehairanan 2
memberi manfaat ke alam kubur jika ia digunakan untuk kebaikan

kehairanan 3

mereka mengakui mencintai ALLAH hanya bila mereka menginginkan sesuatu.. Apabila Allah menguji pengakuan beriman mereka... mereka gagal

kehairanan 4

mereka memarahi iblis dan syaitan kerana kisah buruk mereka tetapi mereka mencintai dunia yang dijadikan umpan sebagaimana iblis dan syaitan telah diumpan.

kehairanan 5

mereka telah terdidik sejak kecil untuk takut kepada kegelapan dan lain-lain supaya dapat mengelakkan anak2 kecil itu menghadapi bhaya sebab nakal, dan cergas berkeliaran.





Khamis, 9 Mei 2013

gambar beralih


Gambar 1
contoh kod

Gambar 1 adalah gambar akan berubah bila cursor mouse melaluinya atau menyentuhnya. dan menjadi gambar lain setelah itu.

manakala kodnya pada contoh kod yang telah ditunjukkan 



Tarikh hari ini

slow connection? click here