
Berikut di bawah adalah kata-kata kiasan yang digunakan di media
"Peguam berkenaan, yang dipercayai pernah digantung amalan guaman selama setahun pada 2007, dikenali sebagai broker tanah di kalangan penduduk setempat dan dipercayai mengendalikan beberapa urus niaga bernilai jutaan ringgit bagi pihak Sosilawati.
Kesemua suspek yang berusia lingkungan 19 dan 41 tahun, kini ditahan di Balai Polis Bukit Jalil, Kuala Lumpur, dan difahamkan polis telah mendapat perintah tahanan reman selama tujuh hari terhadap mereka bagi membantu siasatan berhubung kes itu.
Kes membabitkan Sosilawati dan tiga yang lain itu juga bakal merungkai misteri di sebalik tembok besar yang mengelilingi kawasan ladang kelapa sawit yang turut menempatkan beberapa kandang lembu dan kambing.
Malah menurut Mohd Bakri, suspek turut mengaku pernah menggunakan modus operandi serupa sebelum ini, dan polis sedang menyiasat kehilangan empat individu lain di kawasan tersebut sejak setahun lalu.
Menurut seorang penduduk tempatan, peguam berkenaan amat dikenali di kawasan itu kerana dia membantu pekerja asing yang ditipu gajinya oleh majikan mereka.
“Dia juga dikenali sebagai broker tanah. Tetapi kami amat terkejut apabila dia ditahan,” katanya."
Surendren Nalliannen
Ini satu keadaan yang berbahaya dan perlu dilakukan sesuatu yang sihat bagi menjaga imej pemerintahan parti kerajaan semasa. Pesalah-pesalah dan suspek-suspek ini mesti didedahkan dan dibantu/dihukum sewajarnya.
Pemain-pemain politik berinternet sudah mula mengaitkan issue berkaitan dengan perkauman dan ada juga sebagai tanda kelemahan kerajaan semasa dalam domino rhetoric mereka.
HARAKAH DAILY

Akhir kata, semoga media dan pihak polis janganlah memberi imej buruk kepada kerajaan semasa. Pelihara keamanan hapuskan penyangak, penyamun, perompak dan pembunuh. Hapuskan mereka tanpa mengira darjat, pangkat, Bangsa atau kaum