Resdung atau Resah di Hidung adalah penyakit yang memberi radang atau ketidakselesaan(resah) di bahagian hidung dan sekitarnya. Ianya berpunca dari benda asing yang mengganggu sistem pertahanan d hidung akan merembes lendiran untuk menghalau benda asing tersebut. Malangnya makhluk ini pula, menggunakan sistem pertahanan ciptaan ilahi ini untuk meneruskan survival mereka yang memerlukan air.
Penggunaan ubat ubatan modern adalah bertujuan menghentikan fungsi pertahanan badan yang merembeskan lendiran-lendiran dan menyebabkan kuman atau bakterial akan terus bersarang dan membahayakan nyawa anda buat masa panjang (mungkin kena pembedahan hidung! atau menyebabkan penyakit kronik-kronik lain yang merosakkan organ dalaman anda yang lain)
Jika seseorang dijadikan Allah "batuk" tujuannya adalah untuk mengeluarkan kuman dan kahak yang terdapat didalam paru-paru ( satu sistem perlindungan ciptaan ilahi ). Masalahnya jika ubat batuk diberikan kepada kanak-kanak, ia tidak membantu kanak-kanak untuk mengeluarkan kahak. Sebaliknya, ubat batuk hanya melegakan batuk tetapi kahak masih berkumpul didalam paru-paru. Ditambah pula, kanak-kanak manalah tahu nak keluarkan sendiri kahak tu. Akibatnya batuk, selsema dan demam tetap akan berulang kembali selepas beberapa minggu atau berulang dalam bulan tertentu (ikut kitaran kehidupan dan pembiakan kuman/bakteria tersebut (risiko lelah atau bahasa omputihnyer asthma)) selain dari penyakit paru paru kecut atau acute atau paru-paru berair. ini semua amat bergantung kepada daya tahan kanak-kanak tersebut.
Jangan amalkan pemakanan belacan mentah atau makanan laut yang mentah tidak cukup masak atau semasa membersihkan habuk di rumah pakaikan tutup hidung. mencegah lebih baik dari mengubati.
Jadi cara terbaik adalah mematuhi fitrah ciptaan Allah dan membantunya dengan menepuk bahagian depan dan belakang dada untuk mecairkan kahak. dan melalukan wap panas dari herba tertentu di muka untuk membantu mengeluarkan kahak. Disamping itu, boleh juga diberikan asap dari akar atau beberapa jenis asap yang berasal dari tumbuhan herba yang mana tujuannya adalah untuk menggalakkan batuk (dan bukan menghilangkan batuk…) agar semua kahak yang terkumpul dibahagian paru-paru dikeluarkan. Bagi kes yang agak serius pula, paip yang kecil akan dimasukkan kedalam hidung untuk menyedut dan mengeluarkan kahak.... mungkin paling sesuai. Jika ikut cara arwah mak aku selalu suka sedut dengan mulutnya.. tetapi boleh guna cara moden sikit custome made dari pam picit yang disambungkan kepada paip kecil yang boleh muat hidung. kahak atau lendiran itu harus dibuang.
Gambar adalah kayu resdong boleh didapati dari hutan di Kuala Kangsar atau beli di R&R Kuala Kangsar dari orang asli di Kg Cermin. sesiapa yang berminat kena pelajari teknik menggunakannya dan harga sebatang kayu dalam RM2-RM5 sebatang (bergantung kepada bilangan btg kayu. tapi nak beli melalui saya kena tambah kos penghantaran.
Isteri aku adalah seorang yang suka dengan ubat ubatan penyembuh segera dari farmasi. akibatnya ia mengalami migrain yang kerap. Penat juga aku memberi nasihat dan penerangan bersama sama dengan logik kesan-kesan yang bakal dia alami selepas pengamalan ubat-ubatan yang bertentangan dengan fungsi fitrah sistem pertahanan badan.
Akhirnya, setelah dia melihat sendiri kesan buruk yang dia alami sendiri selepas berdegil. kaedah tradisional adaklanya berkesan dengan tanpa kesan sampingan insyaAllah.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.