Jika boleh nak elak bincang soal cerai-kahwin artist atau orang kenamaan. Tetapi nampaknya ia semacam menjadi bualan underground di internet.
Modal perbualan yang menempah tempat di neraka.
Sultan Brunei telah melepaskan beliau dengan baik. Perceraian yang dilalui beliau lebih baik dari janda-janda yang terkahwin dengan lelaki yang tidak bertanggungjawab. Meninggalkan zuriat tanpa memberi nafkah.
Malahan perpisahan yang dihadapi jauh lebih baik dari nasib remaja-remaja yang mengamalkan amalan pergaulan bebas dan pembuangan bayi merata-rata.
Ada pulak pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab menyebarkan fitnah yang tidak berbaloi untuk dipercayai dan tidak menguntungkan mana2 pihak jika benar sekalipun.
Apapun tiada siapa nak berkahwin kerana nak bercerai. Benda dah berlaku, bukan untuk dirungut-kesal sehingga merosakkan masa depan. Yang penting masa depan yang perlu sentiasa dipelihara dan membawa kepada kebaikan dengan kesudahan yang baik semasa menghadapi alam barzarkh nanti, husnul khotimah.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.