Isnin, 31 Ogos 2009

Kemerdekaan Yang Malaysia dll negara Asia Tenggara dapat

Apa yang saya tulis adalah pandangan pribadi berdasarkan pemerhatian sendiri melalui medium pembelajaran sejarah Tingkatan 1 hingga tingkatan 3 seterusnya pembacaan luas.

Pandangan ini adalah pandangan normal semenjak zaman persekolahan lagi(1987-1990).

Saya melihat dan menilai bahawa kemerdekaan pada era selepas perang dunia ke 2 adalah terpaksa dilakukan British dan lain2 penjajah/kolonial yang telah melalui kerugian peperangan yang tentunya seperti ibarat pepatah menang jadi arang kalah jadi abu.

Namun begitu, pihak kolonial melihat semangat mahu merdeka telah menjadi tebal dan kuat diiringi juga semangat penjajah untuk memelihara keuntungan jangka panjang perlu dicari mengelakkan kerugian dan kehancuran secara jangka pendek dan panjang.


Hollanda atau Belanda yang juga telah binasa akibat serangan German tentu sahaja tidak mampu lagi menjaga Indonesia. Maka dengan sendiri mereka Indonesia boleh Merdeka tanpa menghiraukan tuntutan Belanda.

Manakala Malaysia, British jugak sudah berupaya menentang sebarang tentangan besar-besaran jika ada untuk kemerdekaan di Malaysia. Kerajaan British perlu sokongan raja-raja dan juga rakyat pribumi yang tentu sahaja dominan di Semenanjung ketika itu.

Untuk melepaskan begitu sahaja, atau kekal mengurus Negara jajahan memerlukan kos yang tinggi.. Maka Warganya harus Merdeka dan menjadi pembeli semua harta2 atau aset yang dulunya dibawah hakmilik seliaan British.

Kaedah rundingan menuntut kemerdekaan pada padangan saya semasa mempelajari Sejarah adalah suatu fakta yang amat jelas ibarat lakonan British bagi menjamin segala harta british terpelihara dari rampasan dan kelak akan dibeli oleh Negara bernama Malaysia yang Merdeka. Sebagai Contoh Ladang Guthrie dll.

Ini beerti proses Kemerdekaan ini telah memberi kemenangan ekonomi kepada british berbanding Kemerdekaan Indonesia yang langsung tiada pulangan kepada Belanda.

Walaubagaimanapun, Singapura tidak boleh berada terus di Malaysia bagi menjamin satu pengkalan untuk menyeimbangkan kuasa ekonomi barat terus kekal di sana.

Ini dapat dilihat bagaimana Malaysia terpaksa atau kelihatan seperti terpaksa menjual air murah ke singapura dalam menjamin survival singapura untuk lumpuh dan binasa dalam tempoh-tempoh terdekat jika tanpa polisi ini.

Ini kerana air bersih merupakan sumber bagi segala jenis tamadun dunia selamanya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.

Tarikh hari ini

slow connection? click here