Bangsa mu.. atau terkini dipanggil melayu makin layu mundur setelah melalui episod kegemilangan purba yang menakjubkan. Lebih kelakar lagi semua binaan tamadun hebat suatu masa dulu terabai dan dimusnahkan secara sistematik oleh penjajah dengan tujuan untuk melemahkan bangsa mu ini.
Malahan diubah fakta sejarah sesuka hati oleh penjajah sehingga menghindukan semua binaan purba... menjadikan sejarah era empayar mughal tergantung dan tersembunyi seperti sesuatu yang tidak masuk akal dalam rentetan sebagai sejarah sebuah pusat perdagangan purba tertua di dunia hanya sekuno Melaka??
Pembohongan sejarah yang memualkan ini. Menjadikan 2 kota bekas bukti kejayaan penyelewengan sejarah dan juga tugu kejayaan penjajahan barat sebagai tapak warisan dunia? pertama kali dalam sejarah hasil kebijaksanaan asing menjadi kebanggaan negara yang kononnya telah merdeka.
Taj Mahal, Piramid, Tembok Besar China, Taman Tergantung, Gua Petra, Brodubur, Angkor Wat dan banyak lagi warisan adalah hasil binaan dan kreativiti anak tempatan. Tapi kita pula terbalik, hasil warisan PENDATANG pula yang kita sibuk nak agungkan. Maka kian terhakislah jati diri dan warisan bangsa yang sebenarnya. Akhirnya, yang rugi anak bangsa kita sendiri yang tidak dapat membeza kota A Famosa dan Kota Melaka dan 'Kota Berhala'.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.