Iblis dan Syaitan sentiasa berusaha menyesatkan manusia secara jangka panjang dan pendek. menimbulkan buruk sangka dan syak wasangka serta fitnah diantara kita dari dalam hati kita.
Pada satu petang, semasa zaman kanak2 ( 7 -10 tahun) aku telah dipersoalkan 5 kehairanan syaitan terhadap manusia
1. manusia yang suka membina rumah2 dari batu yang lebih kekal lama sedangkan usia tidaklah lama. kenapa sebegitu?
2. manusia yang suka menghimpun2 hartanya sebanyak-banyaknya kemudian meninggalkan untuk dunia sedangkan harta itu tidak boleh diberi manfaat di alam kubur biarpun dibakar pun.
3. manusia yang menyatakan bahawa mereka mencintai ALLAH. tetapi mereka melakukan MAKSIAT kepadaNya dengan mudah.
4. Mereka membenci kami malah mengucapkan kata2 maki lagi nista. tetapi mereka menuruti kami.
5. Mereka yang menggeruni zulumat (kegelapan) wajah2 hodoh jelmaan kami tapi tidak sedikit pun rasa gerun kepada ALLAH yang memliki neraka2, yang melaknat kami dan mencipta wajah2 hodoh kami.
Setelah beberapa hari, dengan bertanya pada arwah ibu...
kehairanan 1
untuk pahala berpanjangan sebab setiap amal anak Adam akan terputus kecuali 3. salah satunya ialah sedekah jariah yang selagi mana dimanfaatkan maka selagi itu ia berpahala.
kehairanan 2