Ahad, 18 Februari 2018

ahli sejarah di blogger

makin ramai peminat sejarah memblogkan karya mereka.

http://lokalgenius.blogspot.com

halamansrikandi.blogspot.com

http://merahsilu.blogspot.com/

http://ibnurusydi.blogspot.com/

JUst Basic

Meneroka Alam Animasi dan programming memang menarik minat saya semenjak tahun 1992. Tingkatan 5 di Sek Men Vok Kuala Kangsar pertama kali belajar computer(maintenance dan basic programming seperti Lotus 123 dll) semasa SPM(V) Elektronik.


Cuma kewangan yang terhad memendam rasa ingin melakukan penerokaan sebegitu. Namun begitu, Semasa Di Universiti Teknologi Malaysia 1994, Segalanya bermula dengan GWBasic. Semasa dalam kursus Kejuruteraan Elektronik di bawah tajuk Kejuruteraan Perisian C++ Objek Oriented Programming. Bermulalah sedikit kefahaman tentang programming dan konsepnya secara permukaan. semasa itulah saya cuma buat HTML programming beranimasi dan game di Goplay.com. (zaman win 3.1.1 ) Dengan sumber kewangan yang terhad. (biasalah org melayu kedekut utk belajar) maka minat terbantut bila laman web itu ditutup kerana masalah kewangan. Setelah itu 1996 - 2000 semua perkembangan programming dan komputer dilupakan kerana kerjaya tiada berkaitan.


Cuma buat proggramming Sequential Control guna relay atau contactor dalam sistem pensuisan elektrik dan elektronik mengawal motor, Pneumatic dan hydraulic dalam mesin automasi di industri. selama lebih kurang 4 tahun. dan merekabentuk menggunakan bantuan AutoCAD dan Mechanical Desktop.


11 November 2000 menyertai kerajaan. Bengkel pertama disertai ialah Bengkel Elektromekanikal tetapi mengajar Computer maintenance.


Tetapi di situlah saya belajar welding dari TIG, MIG Gas Arc dan juga mesin konvensional seperti mesin Larik, mesin milling dll.


Kini... saya berminat kembali meneroka bidang perisian.



masalah word :- gagal buka dokumen Word hanya dengan dwi klik.

Masalah... dwi-klik dokumen Word dalam Windows Explorer, dokumen itu tidak terbuka. Sebaliknya, apa yang dia dapat adalah dokumen kosong. Dia masih boleh membuka dokumen menggunakan File | Open (dalam jarak Word), tetapi tidak boleh klik dua kali untuk membuka dokumen. Banyak puncanya.. Antara punca dikenalpasti... sisa serangan virus. Perkara pertama untuk memeriksa adalah untuk memastikan bahawa sambungan fail dengan betul berkaitan dengan Word. Sejak dwi klik pada dokumen Word dalam Windows Explorer membuka Word, jenis-jenis fail yang mungkin dikaitkan dengan betul, tetapi ia tidak menyakitkan untuk melalui langkah-langkah juga. Digunakan arahan berikut: "C:\Program Files\Microsoft Office\Office\winword.exe" /unregserver

Rabu, 4 Januari 2017

Kepalsuan Surat Nabi Muhammad kepada Bangsa Jin Sedunia



Walaupun Palsu, Ianya tersebar dan ditampal di dinding rumah.

Menurut Kerajaan Arab Saudi sumber: http://www.alifta.net/Search/ResultDetails.aspx?languagename=en&lang=en&view=result&fatwaNum=&FatwaNumID=&ID=9546&searchScope=7&SearchScopeLevels1=&SearchScopeLevels2=&highLight=1&SearchType=exact&SearchMoesar=false&bookID=&LeftVal=0&RightVal=0&simple=&SearchCriteria=allwords&PagePath=&siteSection=1&searchkeyword=100117106097110097104#firstKeyWordFound


Khamis, 7 April 2016

Web Services

Tercari-cari satu assignment project untuk membolehkan pelajar memahami Web services.


Ok ingat nak bagi assignment yang upload file excell dan kemudian JSP baca file tersebut untuk dipaparkan dalam laman Web dengan menafsirkan kepada xml...

contoh hampir sama


https://www.google.com/webhp?sourceid=chrome-instant&ion=1&espv=2&ie=UTF-8#safe=off&q=how+to+upload+excel+file+in+java+jsp+web+application+xml

Isnin, 21 Disember 2015

laptop HP tak boleh onn

laptop HP rosak. wah laptop rosak memang masalah besar sebab Laptop HP model baru .. kitab2 lama semua takde cara penyelesaiannya kena rujuk online help di laman web HP.

laptop HP seperti biasa ada kod lip lap di keyboard biasanya di key caps lock.
LED lip lap yang mungkin berbeza-beza mengikut model
Bertindak mengikut kod error yang diberi.

Jumaat, 18 Disember 2015

kill process

Teringat masa guna linux dulu-dulu kita dengan senang boleh je hentikan mana-mana process dengan arahan "kill".

kali ini dalam PC aku ada satu process yang dilaksanakan tanpa aku memahami tujuannya. kewujudannya tiada dalam uninstall. aku pun cuba stopkan process tersebut dengan right click pada task manager. punyalah degil. kurang hajar punya perisian. jadi aku ambik keputusan untuk delete jer..

Tetiba takleh delete pulak.. kononnya process sedang berjalan. Cis pantang anak melayu ada perisian sebegini. Aku teringat ilmu 25 tahun dahulu (1991) yang dah lama tak guna... semasa di kelab komputer sekolah vokasional kuala kangsar yuran RM40 hengget tu.

taskkill

mula-mula kenalah cari no pid process tersebut.

tasklist

tasklist

cari-cari punya cari ssfk.exe no pid 2772

dah dapat!

nah kau ... opps terlupa nak habo. kome wehhh cmd kena run as administrator

dah tu delete je folder tu.. 

Tarikh hari ini

slow connection? click here