Isnin, 28 September 2009

Talang, Kuala Kangsar

Talang, Kuala Kangsar 27 Ramadhan

dimeriahkan dengan pesta Panjut dan dentuman meriam rasmi memeriahkan sambutan malam raya yang sebagai tanda bebasnya setan dan hantu2 dari dibelengu.



dentuman bertalu talu sehingga subuh menjelma.

Ahad, 20 September 2009

Berani untuk Mengubah!

"Katanya, pihak tersebut mendakwa semua kerajaan di dunia adalah sama baik serta sama berkesan dan kemakmuran, keselamatan serta kemajuan boleh dicapai tanpa perancangan, usaha gigih mahupun pemantauan yang rapi."

"Jika benarlah dakwaan mereka ini, maka kenapakah wujudnya perbezaan di antara negara-negara di dunia, kenapakah ada negara yang maju, membangun dan mundur, kenapakah pula masih ada kebuluran dan kemiskinan serta berlaku pembunuhan atas nama etnik di seluruh dunia?," kata Perdana Menteri Malaysia yang ke lima.

Negara kita telah mengalami perubahan pemimpin sebanyak 5 kali. Malahan perubahan ini membawa perubahan kepada polisi sewenang wenangnya. Meragut kemewahan dan kesenangan yang dinikmati akibat dari polisi berkepentingan kepimpinan terbaru.

Risiko perubahan ini sedang kita lalui. Tidak semestinya usaha-usaha kepimpinan terbaru selari dengan kepimpinan terdahulu. Stigma menakut-nakutkan perubahan kepimpinan parti Politik adalah kelihatannya menjadi satu senjata berkesan untuk mengekalkan kuasa.

Teringat Sejarah Kota Baghdad yang berkat. Di mana Undang2 Islam HUDUD dijalankan dengan baik menurut pertimbangan Syaria'h Ulama di Zaman itu melalui Syura dan Mujtahid Ilmuan Agama yang dihimpunkan. Sehingga Kota Yang Berkat itu menjadi anggapan menjadi Kota Ideal dan Dilindungi Tuhan selalu.

Kota tersebut dilengkapi dengan persenjataan terbaik di zaman itu. Ia digambarkan memenuhi seruan dan ajaran Al Qur'an dalam hukum bernegara dan mempertahankannya dari segala jenis kekuatan yang kita mampu, Maka dengan itu ia dapat menggerunkan musuh yang kamu sedari atau tidak sedari. Sesuai dengan petikan surah Al Anfaal ayat 60.

Kerajaan Liar Monggol telah menghantar perisik mengkaji kekuatan kota tersebut dan menyatakan adalah mustahil untuk mengalahkan kota tersebut jika dilagakan kekuatan dengan kekuatan. Walaupun sebelum ini mereka pernah mengalahkan kota kota Islam di Timur. Tetapi budaya perisikan Kerajaan Monggul ini begitu mengkagumkan. Bagaimana mereka mencari kelemahan dalaman dahulu sebelum mengalahkan Kekuatan lahiriah sesebuah negara.

Kerajaan Monggul ini telah membuat kesimpulan bahawa kelemahan kota ini adalah wanita. Mereka orang Baghdad sanggup berhabis duit bermegah-megah kerana desakan wanita yang menjdai tiang keluarga. Maka diberi Rasuah yang besar emas dan intan berlian untuk membuat seorang Ulama atau bangsawan ilmuan yang suka mengumpul ngumpul Harta dan bermegah-megah dengannya.

Ulama dan bangsawan yang dirasuah tersebut mulalah berfatwa, bahawa Menguatkan kekuatan tentera adalah membazir sedangkan tiada musuh yang sedang dihadapi. Perbuatan sedemikian boleh dikatakan syirik pada Allah, Kerana seperti tidak menyakini perlindungan Allah. Berlebih-lebihan dalam ketakutan Duniawi, Maka sewajarnya Kekuatan pertahanan kota dikurangkan.

Berlaku perdebatan yang panjang dan sia-sia. Segolongan berpendapat wajib tingkatkan secara berterusan kekuatan negara kerana ia perintah Allah sebagaimana termaktub dalam Al Quran. Segolongan lagi berpendapat Tidak perlu berlebih-lebihan dalam soal pertahanan negara. Lebih baik Berjimat cermat dan berasa cukup dan syukur dengan apa yang ada. Hentikan Kajian dan pembangunan untuk persenjataan. Sesungguhnya perbuatan membazir itu saudara Syaitan.

Maka oleh sebab itu, ramailah Askar Upahan di hentikan perkhidmatannya. Belanjawan untuk pertahanan negara dikurangkan.

Maka, Setelah ukuran pertahanan yang dianggarkan dapat ditewaskan maka Kerajaan Monggol telah mengepung Kota Baghdad.

Khalifah pula terdidik dengan segala "Dongeng" penasihat dan pembodek beliau yang berbangga dengan Keturunan Bangsa Arab Quraish dan terbaik dari keturunan Bani Hashim, khalifah Al-Mu'tasim (1258 Masihi)terlalu percaya dgn kedaulatannya dan yakin bahawa Monggol tidak berani menyerang kota baghdad kerana percaya jika darah khalifah menitik ke bumi ... maka akan berlaku bencana alam seperti gempa bumi.


Plan penyerangan Monggol ke atas Baghdad.

Ketika Pengepungan. Khalifah dihantar untuk perundingan Perdamaian oleh bangsawannya Ibn al -Alkami yang Penakut dan juga yang Khianat melalui keputusan Syura.

Sesuai dengan tabiat bangsa liar Monggol Hulagu Khan cucu Kublai Khan yang khianat terus menangkap Khalifah dan menggulungkannya dalam tikar dan menyumbat mulut Khalifah dengan ketulan emas dan memaksa beliau makan. sambil bertanya:

"Apakah bangsa kamu makan emas sehingga begitu mudah dirasuah?"

Khalifah dan keluarganya mati di bawah dalam jahitan tikar tersebut.

Ibn al Alkami yang terkenal sebagai kepala Pengkhianat terus berkhidmat dengan Kerajaan Monggol. Ada Juga mengatakan beliau dibunuh jua akhirnya.


Dalam masa yang sama, jurutera2 Hulegu pula menggali parit dan membuat kubu di keliling kota. Pada 30 Januari, 1258, Baghdad mula dibedil. Semua ini berlaku dgn pantas. Sunggohpun kereta2 lembu yg membawa ammo yang dihangkut dari Jebal Hamrin masih lagi dalam 3 hari perjalanan, Mongol menggunakan apa saja yang ada ...batang2 pokok, batu2 asas bangunan disitu. Selepas 7 hari Mongolpun menyerang dan dapat menguasai tembok timur kota Baghdad. Apabila garrison Baghdad menyerah diri, mereka dibunuh sorang demi sorang. Pada 13 Febuari, the sack of Baghdad bermula. Apa lagi, diceritakan pasukan Georgialah yang amat gairah sekali. Komuniti Kristian Timur yg berselindung dalam gereja selamat, tetapi populasi Islam...Sunni atau Shia....diselesaikan dgn dahsyat. Kebanyakan wanita2, kanak2 dan semua harta Khalifah dihantar ke Qaraqorum. Khalifah beserta keluarganya, setelah diberi makan dalam satu bankuet, seperti lazimnya, mereka dijahit dalam karpet Mongol dan di pijak2 oleh kuda2 sampai innalillah.......Maka tamatlah dinasti Abbasid yang berusia 500 tahun itu.

Janganlah Takut untuk mengubah dan Jangan berpegang kepada dongeng atau kekarutan tentang keramat atau keberkatan sesuatu individu atau keturunan atau parti. Sesiapa sahaja boleh buat silap biarpun seorang Ulama. Biarpun seorang Perdana Menteri Raja atau Sultan. malahan orang awam.

modified pamplet

Tarikh hari ini

slow connection? click here