Isnin, 30 Mac 2009

Meneroka dunia symbian -Garmin GPS

1.Global Positioning System kini telah memasuki handset Nagivation. benda ini boleh belajar secara terbuka di E Learning di Nokia http://www.forum.nokia.com/Events/Training_and_Educational_Events/eLearning.xhtmlkaitannya dengan symbian C++ programming boleh rujuk di http://www.symbiantutorial.org/symbian-tutorial/. Ianya memang menarik sebab selain boleh mencari jalan pulang. Ia juga panduan jln jika jammed kena cari jalan alternatif.. bengang dengan yahoo map yang kerjanya asyik nak caj jer.. eloklah belajar buat programming sendiri.

2.Sebagai misal kita rujuk di http://www.symbiantutorial.org/symbian-tutorial/ tuntutlah ilmu dengan kesabaran ia sangat mudah untuk standart budak tadika pun boleh buat.

3.Antara terhebat ialah Garmin GPS...dalam N95 dan N96 program menggunakan perisian ini. tetapi melalui proses

Penjual handphone mengambil kesempatan menjual program ini setelah melakukan Hack dari perisian keygen yang boleh didapati percuma di internet dengan harga Antara RM60.00 sehingga RM300.00. malahan ada pula menjualnya sekali dengan 2 giga byte SD dengan harga RM60. sebenarnya semua tu tiruan... biasalah benda dibuat dengan perisian manusia apa yang penting ia berfungsi dengan baik.

4.Tetapi wakil Garmin untuk Malaysia ialah http://www.aeco.com.my/">http://www.aeco.com.my/">http://www.aeco.com.my/

5.Langkah2 menginstall Garmin tiruan ke hand set Nokia N96
Amaran Ini Adalah maklumat untuk Pengetahuan sahaja, Anda dilarang mencubanya jika terlalu bangang atau tiada ilmu dalam bidang ini, dapatkan bimbingan pakar!(jgn kedekut dgn ilmu.. bayarla)

Peralatan:


- komputer yang ada sambungan internet x kira la wifi ke apa ke?
- kabel yang boleh disambung laptop atau komputer.
- hand set Nokia N96 atau apa sahaja hand set yang ada GPS.

Perisian yang perlu disediakan...
Bagaimanapun anda boleh download Garmin untuk S60 (terbaru)di laman web garmin sendiri)

1. klik sini dan pilih file Garmin Mobile XT Support Files, Ver. 4.xx.xx

2. klik sini dan pilih file Garmin Mobile XT Free Basemap, Ver. 4.xx.xx

dan terakhir symbian S60 versi terbaru setakat ni edisi ketiga.

3. klik sini dan pilih file Garmin Mobile XT for Symbian S60 3rd Edition, Ver. 5.00.10



Setelah selesai download ketiga tiga file tadi... Seterusnya sambungkan Komputer anda dengan Nokia N96 anda dengan mode mass storage.. ada 4 pilihan(jgn plih pc suite)

Kemudian, install atau setup satu persatu menurut turutan 1. 2 dan 3 seperti di atas. save dalam memory terbesar dalam handset anda.

putuskan sambungan komputer. cuba hidupkan garminMXT anda di file manager>GarminMobileXT.sis.... maka akan wujud instalation garminMXT di handset anda. selepas semua warning dan agreement... (auto run untuk N96)
nanti akan muncul 4 pilihan

- pilihan untuk buy atau beli
- pilihan untuk pasangkan device GPS garmin(perlu on bluetooth)
- pilihan untuk trial
-pilihan masukkan activation code

Panduan seterusnya adalah cara yang salah memiliki program garmin. cara paling baik ialah anda membelinya secara sah pada pengedar yang sah.

anda boleh perolehi panduan ttg ini di internet.... dan masukkan kod itu bila diminta

seterusnya jika activation code yg dimasukkan betul maka

Applications >Garmin Mobile XT >Settings >System >Remote GPS >Select ‘Use Attached/Built-in GPS’ >tekan butang Enable dan akhirnya butang done.

Di folder garmin akan muncul file bernama SW.UNL dalam file ini tersimpan aktivation kod tersebut.

jika berjaya gambar begini akan terhasil

Selasa, 24 Mac 2009

Fitnah dan Adu domba

siapa sebenarnya pembuat poster fitnah ini?


Cara biasa yang digunakan oleh gambar tanpa menyatakan sumber kononnya kelihatan ia dibuat oleh seseoang yang dalam konflik merupakan kaedah adu domba yang purba.

Moga kaedah ini gagal walaupun terbukti berkesan dalam dunia sebagaimana taktik zionisme Israel mendatangkan kebencian kepada Islam.

Rabu, 18 Mac 2009

Walid Sakit kencing manis


18 Mac 2009. Kuala Kangsar, Walid sakit kaki kaki akibat terpijak bara api semasa bakar sampah di depan rumah Talang Dusun. Sebelum pergi perkahwinan Faruq di Johor.

Alhamdulillah, hari ini sakit makin kurang walaupun kaki tidak berapa kuat.


Dicuci kaki oleh mak. cuti sekolah ini turut dilawati keluarga Adibah dan Bakr.

Cukai Tanah dibayar oleh Yeh buat tahun 2007... diharap terus dibayar oleh Yeh sebab dalam tempoh sedang dimudahkan rezeki.

Selasa, 17 Mac 2009

kursus ICT user

17 Mac 2009 Selasa berakhir sudah kursus 22 hari anjuran JPK di Institut latihan Perindustrian Nibong Tebal . (laman web ilp ini sehingga kini belum up lagi.) kursus yang manarik tapi mood aku nak belajar tiba tiba hilang.

Rabu, 11 Mac 2009

Al Fatihah .. Innalillah wainna lillah hi Roji'un

Telah kembali Guru Utama Seni Gayung Fatani Malaysia Haji Anuar bin Haji Abd. Wahab @ Cikgu Anuar Wahab, 64, ke rahmatullah pada pukul 6:10 pm, di Hospital Kajang 10 Mac ini. Menurut kenalan rapat, sebab-sebab kematian beliau adalah kerana serangan jantung.

Ahad, 8 Mac 2009

Salam Maulidur Rosul

TANGGAL 12 Rabiul Awal setiap tahun umat Islam menyambut kehadiran tarikh kelahiran Nabi Muhammad s.a.w, melalui pelbagai acara, antaranya perarakan besar-besaran, ceramah agama dan jamuan.

Ada juga majlis marhaban dan qasidah yang dialunkan dengan suara merdu dan penuh bersemangat, berdasarkan kitab Berzanji dan Burdah al-Bushairi. Semuanya demi menggambarkan kasih terhadap Baginda.
Saban tahun, kemunculan 12 Rabiul Awal turut mengundang polemik antara keharusan dan bidaahnya menyambut maulidul rasul.

Satu pihak mendakwa ia bidaah kerana tidak pernah dilakukan Nabi s.a.w, sahabat dan golongan salafussoleh.

Malah, jika ditinjau dari Imam Abu Hanifah, Imam Malik, Imam Syafie dan Imam Ahmad, tidak pernah menganjurkan sambutan maulidul rasul ini.

Tetapi, adakah mereka tidak mencintai Nabi Muhammad s.a.w sebagaimana generasi sesudah mereka yang menganjurkan sambutan maulidul rasul?

Satu pihak lagi yang menyokong sambutan ini menganggap bidaah yang baik (hasanah) dan hanya bertujuan untuk mengagungkan Rasulullah s.a.w dan mencerminkan kasih sayang kepada Baginda.

Bahkan, menurut mereka tiada larangan muktamad daripada Allah dan Rasul-Nya ke atas sambutan maulidul rasul ini.

Apa pun, kita tidak ingin menyambung polemik tanpa penghujung ini. Cuma yang ingin dibincangkan ialah tatacara untuk membuktikan kasih sayang dan pengagungan terhadap Nabi s.a.w.

Mencintai Nabi Muhammad s.a.w itu adalah satu prinsip agama yang sangat penting. Seseorang tidak dianggap beriman sehingga dia benar-benar mencintai Nabi melebihi dirinya sendiri, kaum kerabat dan harta-bendanya.

"Katakanlah (wahai Muhammad): Jika bapa-bapa kamu, anak-anak kamu, saudara-saudara kamu, isteri-isteri (atau suami-suami) kamu, kaum keluarga kamu, harta benda yang kamu usahakan, perniagaan yang kamu bimbang akan merosot dan rumah-rumah tempat tinggal yang kamu sukai (jika semua itu) menjadi perkara-perkara yang kamu cintai lebih daripada Allah dan Rasul-Nya dan (dari) berjihad untuk agama-Nya, maka tunggulah sehingga Allah mendatangkan keputusan-Nya (azab seksa-Nya).. ." (Surah al-Taubah: 24)

Rasulullah s.a.w berhak meraih cinta itu kerana Baginda makhluk paling mulia di sisi Allah, memiliki akhlak yang luhur, mengasihi umatnya, memberi petunjuk dan menyelamatkan umatnya dari neraka, malah menjadi rahmat kepada seluruh alam.

Orang yang benar-benar mencintai Rasulullah s.a.w memiliki ciri tertentu. Berikut adalah tanda yang membuktikan perasaan cinta kita kepada Rasulullah s.a.w:

Mentauhidkan Allah - Hikmah utama diutusnya rasul termasuk Nabi Muhammad s.a.w adalah untuk menyeru manusia kembali kepada tauhid yang murni dan menentang syirik.

"Dan sesungguhnya Kami telah mengutus di kalangan tiap-tiap umat seorang rasul (agar menyeru mereka): Hendaklah kamu menyembah Allah dan jauhi Taghut." (Surah al-Nahl: 36)

Maksud mentauhidkan Allah ialah beribadat hanya kepada Allah dan tidak menyekutukan- Nya dengan sesuatu.

Mempelajari al-Quran, memahaminya, mengamalnya dan menyebarkan ajarannya - Mukjizat yang paling utama bagi Rasulullah s.a.w ialah al-Quran al-Karim, iaitu aset utama baginya dalam menyebarkan Islam.

Ibnu Mas'ud berkata: "Janganlah seseorang menanyakan untuk dirinya, kecuali al-Quran. Apabila dia mencintai al-Quran, maka dia mencintai Allah dan Rasul-Nya." (Huquq al-Nabi)

Mentaati sunnah Nabi s.a.w - Satu lagi tanda yang jelas menggambarkan perasaan sayang kita kepada Nabi s.a.w ialah dengan mengerjakan sunnahnya, mengikuti perkataan dan perbuatannya, menjalankan perintahnya dan menghindari larangannya.

Ini kerana Allah memberi jaminan yang Baginda adalah insan terbaik untuk dijadikan contoh ikutan bagi umat manusia.

"Sesungguhnya pada diri Rasulullah itu terdapat contoh ikutan yang baik bagi kamu..." (Surah al-Ahzab: 21)

Menyebarkan sunnah Nabi s.a.w - Sabda Baginda s.a.w, maksudnya: "Kamu semua hendaklah sampaikan apa yang diambil daripadaku walau satu ayat." (Hadis riwayat al-Bukhari)

Sentiasa memuji dan mengingatinya - Sekiranya kita mencintai Nabi Muhammad s.a.w, seharusnya baginda sentiasa berada di hati kita.

Kita juga sepatutnya memuji Nabi s.a.w dengan pujian yang selayak baginya. Pujian yang paling utama adalah dengan berselawat kepadanya dengan selawat yang terdapat dalam hadis yang sabit daripada Baginda.

Mencintai mereka yang dicintai oleh Nabi s.a.w - "Janganlah kamu semua mencaci salah seorang sahabatku. Ini kerana, sekiranya salah seorang di kalangan kamu menafkahkan emas sebesar gunung Uhud, semua itu tidak mampu menyamai satu mud (yang diinfakkan) salah seorang antara mereka malah tidak mencapai separuh." (Hadis riwayat Muslim)

Benci orang dibenci Nabi s.a.w - Hendaklah kita membenci dan menjauhkan diri dari mereka yang memusuhi Allah dan Rasul-Nya seperti golongan yang kufur kepada agama Allah dan mereka yang bergelumang dengan perbuatan bertentangan syarak.

Membela Nabi s.a.w dari serangan golongan munafik - "Sesiapa yang membela kami dari gangguan orang-orang musyrik dia akan mendapat balasan syurga atau menjadi temanku di syurga." (Hadis riwayat Muslim)

Tarikh hari ini

slow connection? click here