Khamis, 6 November 2014

bertemu rootkit halang create partition

Sebuah PC Makmal Jagaanku, telah diserang rootkit, Ianya dapat dilihat dengan jelas bila kita tak boleh buat partition. antivirus atau antirootkit semua dicuba namun sia-sia tak dapat dikesan.

Kenapa rootkit ini menghalang pembuatan partition? Ianya adalah kerana salah satu tujuan rootkit adalah membantu menjimatkan memory server atau proses server dengan merompak ruang kosong dalam hard disk anda secara rangkaian worldwide untuk swap file, pagefile dan lain-lain temporary process file bagi melajukan server deme. Jadi ruangan kosong yang kelihatan tersebut adalah terisi dengan process file tersebut samada secara redundacy atau singular.

Khamis, 30 Oktober 2014

Mimpi singa betina yang jinak

Aku bermimpi rumahku dimasuki singa. betina, kegusaran melanda takut dibaham diriku. Sebaliknya berlaku, mereka begitu jinak dan mesra malahan kelihatan memanjakanku. Kerisauan baru pula terdetik,bagimana mahu aku hindari makhluk ini? tentu sahaja membahayakan ahli keluargaku. Mana boleh dengan mudah mempercayai singa betina yang sememangnya kami makanannya.

Aku segera memaklumkan pada ahli keluarga, namun apa yang terjadi di luar dugaan? singa betina sebaliknya amat jinak dan mesra dengan anak-anakku.

Terdetik di hatiku bagaimana nak bagi makan singa ni dahler beso. Tah dari mana, tetiba jer, ada seekor kucing kurap yang sedang makan, lalu singa tersebut terus mengejar dan memakan kucing tersebut.

Bila sahaja hati aku terdetik lagi risau tentang kecukupan pemakanan singa betina tersebut yang besar dan gagah dengan sekadar sumber makan kucing kurap yang tak seberapa bilangannya di sekitar rumahku. aku terjaga!

Tarikh hari ini

slow connection? click here