Rabu, 31 Disember 2008

Salam tahun syamsiyyah dan salam Tahun Qamariah

Salam Tahun baru yang semakin baru dan semakin haru biru. israel makin mengganas. Ramalan 19 November 2008 bermula episod perbahan drastik dunia. di mana keganasan makin memuncak. Ulangtahun fitnah twin tower worl trade center ciptaan bush and the gang.

Israel dengan gaya penakut menghentam GAZA dari udara.. dan Lautan. Serangan yang memusnahkan GAZA. Mereka bersemangat berbuat dosa bagaikan hidup ini untuk selamamya.

Black Back ground

Blogging aku sengaja buat warna hitam latarbelakangnya kerana terpengaruh dengan google blackle yang menyatakan

"that a cathode ray tube (CRT) monitor uses about 74 watts to display an all white web page, but only uses 59 watts to display an all black page"

tapi ia khusus untuk crt sahaja. bagi pengguna LCD ia tak membawa apa apa makna.

Jumaat, 26 Disember 2008

Tapak Warisan Dunia, Bukti bangsamu makin melayu

Bangsa mu.. atau terkini dipanggil melayu makin layu mundur setelah melalui episod kegemilangan purba yang menakjubkan. Lebih kelakar lagi semua binaan tamadun hebat suatu masa dulu terabai dan dimusnahkan secara sistematik oleh penjajah dengan tujuan untuk melemahkan bangsa mu ini.

Malahan diubah fakta sejarah sesuka hati oleh penjajah sehingga menghindukan semua binaan purba... menjadikan sejarah era empayar mughal tergantung dan tersembunyi seperti sesuatu yang tidak masuk akal dalam rentetan sebagai sejarah sebuah pusat perdagangan purba tertua di dunia hanya sekuno Melaka??

Pembohongan sejarah yang memualkan ini. Menjadikan 2 kota bekas bukti kejayaan penyelewengan sejarah dan juga tugu kejayaan penjajahan barat sebagai tapak warisan dunia? pertama kali dalam sejarah hasil kebijaksanaan asing menjadi kebanggaan negara yang kononnya telah merdeka.

Taj Mahal, Piramid, Tembok Besar China, Taman Tergantung, Gua Petra, Brodubur, Angkor Wat dan banyak lagi warisan adalah hasil binaan dan kreativiti anak tempatan. Tapi kita pula terbalik, hasil warisan PENDATANG pula yang kita sibuk nak agungkan. Maka kian terhakislah jati diri dan warisan bangsa yang sebenarnya. Akhirnya, yang rugi anak bangsa kita sendiri yang tidak dapat membeza kota A Famosa dan Kota Melaka dan 'Kota Berhala'.

Selasa, 16 Disember 2008

balingan kasut wartawan kepada bush


Sumber: Utusan Malaysia

BAGHDAD 15 Dis. – Seorang wartawan Iraq membaling sepasang kasut ke arah Presiden Amerika Syarikat (AS), George W. Bush semasa lawatan perpisahan beliau ke Iraq, semalam.

Insiden itu menonjolkan kebencian mendalam yang terus dirasai di negara ini terhadap Bush yang mengakui perang di Iraq masih belum dimenangi.

Wartawan berkenaan, Muntazer al-Zaidi bangun sewaktu Bush mengadakan sidang akhbar bersama-sama Perdana Menteri Iraq, Nuri al-Malik seraya menjerit dalam bahasa Arab, “ini kucupan perpisahan untuk kamu, anjing!” lalu membaling kasut yang dipakainya.

“Ini salam perpisahan daripada balu, anak yatim dan mereka yang terbunuh di Iraq,” jerit Muntazer, wartawan untuk televisyen Al-Baghdadia, sebuah stesen milik Iraq berpangkalan di Kaherah.

Sabtu, 13 Disember 2008

Ahad, 7 Disember 2008

Malaysia tanpa jurutera sejati.

Apabila golongan seni atau jenis suka ikut emosi seni keindahan, maka banyaklah ukiran, binaan yang indah-indah tetapi mengabaikan logik keselamatan... Inilah yang berlaku di Malaysia.. kepimpinan oleh ahli falsafah, sains sosial dan lain-lain. Sepertimana sistem pendidikan/pengurusan kita dikuasai oleh golongan ini dengan kewujudan kertas yang banyak untuk peperiksaan. terlalu banyak dokumentasi hiasan kertas penerangan, hiasan pada borang-borang. hiasan pada kertas peperiksaan Akhir.

Maka terbinalah rumah istana, Banglo yang mampu milik oleh pemodal kaya yang tiada pemikiran kejuruteraan. Apa yang penting bagi golongan ini ialah nampak hebat bergaya mewah dan sebagainya. Apa susah jika ada gangguan.. suap jer penguasa yang meminggirkan Jurutera sejati. Maka risikonya telah diperolehi kini. Tanah runtuh! rumah semuanya binasa tanpa boleh dituntut gantirugi. (insurance)

Sabtu, 6 Disember 2008

1 Disember 2008

Tarikh aku melapor diri ke Ipoh.. dengan tenang langit petang itu seakan tersenyum melihat kepulangan aku... jam 9 malam 1 Disember 2008





Pandang arah Barat sikit selepas Isya'. Kita akan dapat lihat himpunan planetari terunggul bagi tahun 2008 ini.

Bulan bersama-sama dengan Mustytari dan Kejora akan berhimpun di dalam kawasan yang sama dan membentuk sebuah segitiga!

Bayangkan, walaupun ketiga-tiga objek ini dilihat seolah-olah hampir antara satu sama lain, tetapi dari segi hakikatnya tidak.

Cahaya dari Bulan mengambil masa 1.3 saat untuk sampai ke mata kita. Cahaya dari Kejora (objek sebelah kiri), mengambil masa lebih kurang 8 minit untuk sampai. Manakala Musytari yang dilihat itu ialah keadaannya 48 minit terdahulu!

Khamis, 27 November 2008

Kesan Gempa Bumi dan gelora Laut Cina Selatan

Selama beberapa tahun(2006 - 2008) saya memerhatikan secara logik akal dengan merujuk perkembangan gempa bumi dalam google earth dengan bantuan USGS dan kekuatan angin ribut hujan yang melanda Miri. Saya membuat kesimpulan ia sangat berkaitan. setiap kali ada gempa di sekitar Laut China Selatan seperti Kepulauan Mindoro Filipina maka Malamnya melanda hujan berserta angin ribut yang kuat.

Hari ini, 27 November 2008, Pulau Mindoro berlaku gempa petang tadi.. sekarang pada masa mesej ini ditulis Hujan berserta angin kuat kedengaran di luar. Merujuk Google earth weather kelihatan awan yang muncul secara tiba menjadi tebal dari arah angin yang datang dari arah Tenggara... seperti dan menjadi kepulan ribut kecil secara tiba tiba.

Selasa, 18 November 2008

Gempa bumi di Laut Celebes, Sulawesi Utara


Sulawesi Utara, 17 Nov 2008, kira-kira berhampiran daratan Gorontolo berlaku gempa bumi yang tidak cukup kuat untuk Tsunami. Tetapi penduduk tempatan mendakwa kelihatan air membuak tinggi lebih kurang 2 meter.

"Beberapa penduduk melihat paras laut naik setinggi dua meter dan menyangka tsunami akan melanda kawasan mereka dalam masa beberapa minit," kata pegawai di Buol, Nasir Maroto.

Ketinggian itu tidak cukup untuk berlakunya tsunami. kerana tolakkan ombak tidak kuat untuk menjadi limpahan air yang menjadi sebab tsunami.

Gorontolo adalah sejauh 600 km lebih kurang ke pantai tenggara Sabah. 400 km dari Palu, Sulawesi Indonesia.

Kerajaan Amerika sudahpun memberi amaran tsunami jarak 1000 Km sekitar, namun akhirnya dibatalkan.

lebih lanjut http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2008&dt=1118&pub=Utusan_Malaysia&sec=Luar_Negara&pg=lu_01.htm

Ahad, 16 November 2008

Rakaman Pembentangan Belanjawan Perak













dari sumbangan dari TV pas
http://www.tvpas.com/material.php?cat=berita&id=6561

Selasa, 4 November 2008

pertelingkahan Abby Abadi dan Norman Hakim



Abby Abadi nampaknya cuba mengongkong suaminya seorang laki normal yang kegersangan semasa ia berpantang baru melahirkan anak bulan September dulu.

Ternyata Cinta Abby Abady adalah berkepentingan sendiri, iaitu hanya mahu bersama menjaga keharmonian rumahtangga dengan syarat suaminya kena seperti apa yang dia jangka.

Ahad, 19 Oktober 2008

Ummat Islam yang menfitnah Nabi Muhammad s.a.w?

Orang2 Islam sejak zaman berzaman telah mempercayai fitnah terhadap rasullullah. Fitnah ini berpunca dari permusuhan yang berlaku sesama Islam seperti perebutan kuasa dan peperangan yang berkepentingan selain faktor faktor syaitan yang suka mempecah belahkan kita. Takutlah kita menjadi sebahagian dari penyambung lidah fitnah yang x masuk akal tetapi kita berani mengenepikan akal kita yang sihat kerana taasub kepada selain sumber AlQur'an.

Antara mereka yang jadi mangsa fitnah ialah


Saidatina ‘Aishah r.a. telah berkahwin dengan Nabi Muhammad s.a.w. ketika berumur enam tahun dan mereka mulai tinggal bersama semasa umurnya sembilan tahun, iaitu selepas Hijrah ke Madinah; dan beliau membawa bersama-sama anak patungnya ke rumah suaminya (Nabi s.a.w.).



Saidatina Khadijah r.a. berkahwin dengan Nabi Muhammad s.a.w. pada ketika umurnya 40 tahun.



Saidatina Fatimah r.a., anak perempuan Nabi s.a.w telah berkahwin dengan Saidina Ali r.a. sewaktu berumur sembilan tahun, di Madinah selepas Hijrah.



dan sahabat2 lain

Dikatakan beliau digauli semasa berusia 9 tahun. Satu usia yang sangat kanak-kanak. Perbuatan mengahwini kanak2 berusia kanak sebegitu bukanlah kebiasaan Arab, atau satu sunnah yang ada hadits untuk menyuruh kita ikuti?. Sedangkan Rasullullah adalah sebaik-baik teladan untuk kita ikuti??? Sebagaimana perkahwinan dengan bekas Isteri anak Angkat(Ummul Mukminin Zainab) yang mendapat tentangan kerana kejanggalan dalam norma-norma masyarakat semasa(zaman) itu, Mendapat sokongan dari Wahyu Allah. Tetapi Kejanggalan perkahwinan kanak2(Saiyiditina aisyah r.a) tidak pulak mendapat tentangan dari masyarakat semasa yang sememangnya tidak dianggap normal sebuah perkahwinan kanak2.

Setelah diselidiki oleh Hazrat Allama Mohammad Habibur Rahman Kandhalwi (almarhum) melalui sirah terdapat perkara tidak masuk akal terhadap sehingga kesahihan hadits sirah tersebut boleh dipertikai. Ini adalah kerana antara bukti terbesar ialah Aisyah r.a adalah golongan terawal masuk Islam dan masih masih kanak2 ketika itu iaitu berusia lebih kurang 6 tahun lebih. Iaitu ketika Rasullullah dalam usia 40 tahun(dilantik menjadi Rasul) , sedangkan rasulullah mengahwini Aisyah ketika baginda berusia 53 tahun... maka secara anggaran Ummul Mukminin itu mungkin berusia 19 tahun semasa digauli.


Setelah diselidiki Riwayat hadits Yang Dibuat oleh Hazarat yang Mulia Ummul Mukminin yang terbanyak itu adalah bermula semenjak zaman awal kenabian lagi. Adalah mustahil jika beliau belum lahir sedangkan ada hadits dari beliau ttg keadaan zaman awal kenabian. Imam Bukhari dan Imam Muslim telah berusaha sebaik mungkin menapis dan membuang semua lambakan hadits-hadits palsu akibat dari zaman fitnah. namun begitu tanpa berniat memburuk-burukkan atau mempermalukan sesiapa sudah pasti tidak mustahil ada kesilapan dalam proses penapisan tersebut. Tetapi Allah maha kuasa, Fitnah ini dapat dikesan oleh generasi kini melalui Allahyarham Hazrat Allama Mohammad Habibur Rahman Kandhalwi (almarhum) dikenali sebagai salah seorang ulama yang unggul di India -Pakistan Rujukan beliau ialah hadits Sahih Imam Bukhari dan Sahih Imam Muslim juga. serta Penulis Sirah Islam Hisham ibnu Urwah Ibnu Zubair ibnu Al Awwam boleh lihat perbincangan di

http://darulkautsar .com/article. php?ArticleID= 562

Semoga kita tidak menyambung lidah fitnah dan menanggung dosa darinya. dan sesiapa jua tidak terlepas dari kesilapan. tetapi jgnlah sehingga menutup fikiran melihat kebenaran dengan akal yang sihat kurniaan Allah.

Sabtu, 18 Oktober 2008

Adakah mukjizat?

Teringat semasa zaman sekolah dulu semasa belajar sirah nabi dikatakan bahawa Ummul Mu’minin Saidatina Khadijah r.a. berumur 40 tahun ketika beliau berkahwin dengan Rasulullah s.a.w. Ia adalah suatu riwayat yang tidak logik sebagaimana fitrah biasa, tetapi telah diterangkan sebegitu luas dan penuh yakin oleh guru yang mengajar sejarah. Ini adalah kisah yang sangat tidak logik untuk membuktikan bahawa Rasulullah s.a.w. telah melalui zaman mudanya bersama-sama dengan seorang wanita tua atas 45(merujuk usia arwah mak paling akhir boleh beranak). dengan mengira 10 bulan termasuk tempoh nifas



Dalam usia lanjut(40-51), beliau r.a telah melahirkan empat orang anak perempuan iaitu Zainab, Ruqayyah, Ummu Kalthum dan Fatimah r.a.; dan tiga orang anak lelaki yang mati semasa kecil lagi, dinamakan Qasim, Tayyab and Tahir. Menurut sesetengahnya pula, beliau r.a. telah melahirkan empat orang anak lelaki; ada seorang yang bernama Abdullah, sedangkan setengah yang lainnya pula menyatakan bahawa yang sebenarnya Abdullah telah dipanggil sebagai Tayyab dan Tahir. Alangkah anehnya cerita ini pada usia 40 an menghampiri normal yang tidak pernah dianggap atau diisytihar mukjizat kenabian semasa itu. Fitrah biasa hanya boleh melahirkan sehingga umur 45 sebelum tempoh menopause normal. boleh melahirkan anak sehingga 7 atau sehingga 8 orang bukan kembar???



Pencarian diteruskan dan didapati Saidatina Khadijah r.a. telah berkahwin sebanyak dua kali sebelum berkahwin dengan Rasulullah s.a.w. Perkahwinan pertamanya adalah dengan Abu Halah Hind bin Banash bin Zararah. Daripadanya, beliau telah mendapat seorang anak lelaki dan seorang anak perempuan. Nama anak lelakinya ialah Hind dan anak perempuannya bernama Halah. Setelah kematian Abu Halah, Khadijah r.a. berkahwin dengan Atiq bin ‘Aid Makhzumi. Daripadanya dia mendapat seorang anak perempuan yang juga bernama Hind. Inilah sebabnya mengapa Saidatina Khadijah r.a. mendapat gelaran atau panggilan mesra sebagai Ummu Hind. Anak lelaki Saidatina Khadijah, Hind, telah memeluk Islam. (Seerat-un-Nabi, Jilid II, m/s 402-versi bahasa inggeris).



Di sini, timbul kehairanan yang tersimpan sekian lama, iaitu Saidatina Khadijah r.a. telah melahirkan empat orang anak sahaja di usia mudanya, namun semasa usia tuanya beliau telah melahirkan tujuh atau lapan orang anak, yang mana ia agak bertentangan dengan logik akal. Sebabnya, menurut Sains Perubatan, seorang wanita menjadi tidak subur untuk melahirkan anak, biasanya apabila melewati usia 45 tahun. Bagaimana pula boleh dipercayai bahawa lapan orang anak telah dilahirkan setelah melepasi usia 40 tahun?



Sedangkan tiada pula perakuan dari mana kitab sirah menyatakan ianya adalah satu mukjizat atau sebagainya?

Isnin, 13 Oktober 2008

kod Barang China dan Taiwan


sumber: dari email keluarga2020

With more and more milk products from China and Taiwan having problem. We really got to check where the things are produced. Here is a way to differentiate Taiwan made products and China made products : by looking at first three digits of its Bar Code as shown above.

If the 1st 3 digits are 690, 691 or 692 - China made
If the 1st 3 digits are 471 – Taiwan made(example as pictures underlines numbers)

Sabtu, 11 Oktober 2008

Projek Electro Hydroxy - tenaga air

Teknologi ini telah lama berjaya sejak 50 tahun dahulu oleh Stanley Meyer. Malahan telah di war-warkan di media jepun pada suatu masa dulu.

Kita boleh buat 100% penggunaan air dalam menjana hyrogen secukupnya tanpa perlu mewujudkan proses hyroxy seperti penggunaan karbon dan lain lain kaedah hydroxy konvensional.

lebih detail rujuk jadual kimia yang dibuat dalam bentuk swf (flash file)

click to begain...di paparan paliing bawah kiri untuk memulakan animasi jadual bahan kimia ini.






Sebaik-baiknya ia adalah tindakbalas elektron-elktron dalam 3 bahan kimia utama ferum yang terikat dengan chromium supaya besi tidak karat disebabkan oksigen, Hydrogen yang terikat dengan oksigen menjadi air. Proses ini menggunakan Pottasium yang disimbolkan sebagai "K" di dalam jadual atau boleh juga gabungan bahan NAOH untuk mewujudkan Gandaan Hydrogen kuasa 2 oksigen atau ringkasnya gas HHO. semua proses ini dijana dengan voltan setinggi lebih kurang 14 Volt DC dengan rintangan litar sebanyak 1.2 ohm sahaja.


Nak tau lebih lanjut rujuklah pakar kimia. atau boleh rujuk berjuta-juta ebook berkaitanPanacea University of open knowlegde


sila rujuk jadual dengan klik setiap ruang nama kod kimia


gambar pemasangan part atau bahagian reaktor hydrogen.



ok selamat mencuba semoga alam sekitar yang bersih kembali pada kita. Suatu pulangan yang tidak terbayar walau sejuta.

Guna Quiz maker

Banyak perisian quiz maker wujud di pasaran kini semenjak adanya flash programming. Flash ternyata banyak memudahkan. walaupun mahal.



Malaysia ramai pakar IT. yang benar2 berlatarbelakangkan IT. sebagai contoh ada pula perisian online buatkan peperiksaan secara online dengan beberapa ciri soalan di easytest maker

Rabu, 8 Oktober 2008

PM selepas Mac 2009

Desakan Mahathir dan konco-konconya nampaknya telah berjaya mempengaruhi niat asal PM ke lima dalam cuba menyelami realiti sokongan yang dihadapi. PM ke 5 secara pribadi saya berpendapat telah membuka matanya terhadap kenyataan berbelah bahagi golongan yang telah goyah untuk menyokongnya.

Najib yang kini dalam ancaman skandal mendiang wanita monggolia agar sukar mendapat sokongan berbanding Tengku Razaleigh(TRH). TRH selaku manusia yg mempunyai impian menjadi PM pasti mahu menggunakan kesempatan ini untuk mencapai cita-citanya.

Manakala Anwar dari luar UMNO tentu sahaja terpaksa menunggu pilihanraya seterusnya 2012.

inilah jangkaan biasa semua orang tetapi ianya terdedah kepada sejuta kemungkinan yang boleh dianalisa. Tambahan PM ke 5 mempunyai gaya U turn dalam setiap tindakannya.

UMNO adalah parti yg tertanam kukuh oleh pengundi taasub generasi tua yang semakin merosot bilangannya nanti. mereka yang menyayangi ini adalah generasi yang lahir sebelum tahun 50-an. mereka ini berumur dalam lingkungan 50 lebih ke atas.

Terutama sebelah Selatan Semenanjung.

Sabtu, 27 September 2008

Formula matematik Adiputra tiada manfaat?

Mencipta formula matematik dan mewujudkan berjuta juta formula hanya akan menyusahkan sahaja. Adiputra Abdul Ghani, kanak-kanak yang kononnya berkebolehan mencipta pelbagai formula matematik adalah seumpama pertunjukan sarkis kebijaksanaan IQ.

Alangkah baik kebijaksanaannya digunakan mengira dan merekabentuk teknologi baru untuk kebaikan semua. Sekadar formula matematik kemudian formula itu pula hanya nak mengira julat-julat bilangan tertentu. Betapa banyak anugerah Allah dibazirkan.

Akhir-akhir ini pula menjadi penilik mencari Sharlinie yang hilang. Tidak kisahlah jika gagal sekalipun. Kepada Allah kita berserah.

Sekurang-kurangnya negara kita taklah bangang terpaksa beli jet pejuang dari russia dan terus bergantung spare part dari luar. Sehingga bila kita akan terus begini. Jawapannya ialah pemimpin yg baik dari pengikut yg baik. begitulah seterusnya pemimpin bangang tentu lahir dari pengikut yg majoritinya bangang.

Tanpa menafikan penulis adalah sebahagian dari masyarakat ini, menyeru supaya memanfaatkan dengan kesedaran kebaikan akhirat walaupun tidak lupa bahagian kita di dunia

Gempa bumi di Mindoro Filipina

Di lokasi 13.402°N, 120.476°E, akan berlaku pada 27 september gegaran berskala ricther M6.1 dan diulangi lagi M4.1 dengan kedalaman tanah lebih kurang +/- 11.7 km. Gegaran yang berlaku jam 11:00 waktu Malaysia tadi adalah di atasa daratan Utara Pulau Mindoro Filipina. Fakta ini menunjukkan tiada tsunami akan boleh dijana darinya. Alhamdulillah.




Tambahan edited text 27 September 2008.


Di samping itu, taufan OFEL yang sedang menghala ke Taiwan, manakala tempiasnya akan mengakibatkan banyak kawasan berkongsi laut China Selatan akan mengalami hujan lebat sehingga esok hari. gambar animasi pergerakan taufan ofel tersebut adalah gambar satelit yang dirakam pada jam 2:00 petang (14:00)27 september 2008 waktu Malaysia.



Sehubungan dengan itu. banjir kecil mungkin akan melanda di kedah atau utara semenanjung.

Khamis, 25 September 2008

Perbandingan Golongan Kreatif dan Golongan Buntu

Orang kreatif itu memang biasanya dianggap gila tapi tentu tidak semuanya. Rasanya kita tahu beberapa kisah mengenai tokoh-tokoh kreatif yang terkemuka seperti Albert Eistein dan lain-lain. Walaupun pada awal kerjayanya dikira kurang waras atau pada masa kecilnya malah dianggap agak selekeh atau bodoh atau malas. Sehingga mereka ini akan dibenci dan tidak disukai oleh manusia manusia yang tertutup fikiran dan terbantut kreativiti secara semulajadi. Kini, bahkan ekspresi kekaguman kita terhadap manusia semacam ini berbentuk gelengan kepala yang menunjukkan sejemput rasa tidak percaya dan tidak mengerti kerana sebenarnya kita hanya perasan pandai tetapi realitinya lebih bodoh dari mereka. Apakah yang membuat kita sulit sekali untuk memahami mereka?

Menurut Mihaly Csikszentmihalyi, http://en.wikipedia.org/wiki/Mihaly_Csikszentmihalyi seorang pakar kreativiti yang telah 30 tahun meneliti kehidupan orang-orang kreatif, kesalahfahaman dalam menghadapi mereka sering timbul karena pada dasarnya individu yang kreatif memang memiliki kepribadian yang lebih kompleks dibanding orang lain. Jika kepribadian manusia biasa pada umumnya memiliki kecenderungan ke arah tertentu, terhad dan statik, maka kepribadian orang kreatif terdiri dari sifat-sifat berlawanan yang terus-menerus 'bertarung', tapi di sisi lain juga hidup berdampingan dalam satu tubuh. Apakah sifat-sifat kontradiktif mereka?

Orang-orang kreatif memiliki tingkat energi yang tinggi, tapi mereka juga memerlukan waktu lama untuk beristirahat. Mereka tahan berkonsentrasi dalam waktu yang lama tanpa merasa jenuh, lapar, atau gatal-gatal karena belum mandi. Tapi begitu sudah selesai, mereka juga boleh menghabiskan waktu berhari-hari untuk mengisi ulang tenaga mereka; Di mata orang luar, mereka jadi terlihat seperti orang termalas di dunia.

Orang-orang kreatif pada umumnya juga cerdas, tapi di sisi lain mereka tidak segan-segan untuk berfikir ala orang bodoh dalam memandang persoalan. Malahan terpaku sejak awal pada satu macam penyelesaian ('cara yang benar'), mereka memulai pemecahan masalah dengan berfikir divergen: Mengeluarkan sebanyak mungkin dan seberagam mungkin Idea yang terfikir, tak peduli betapa bodoh kedengarannya bagi orang yang tidak kreatif.

Orang-orang kreatif adalah orang yang playful, tapi mereka juga penuh disiplin dan ketekunan. Tidak seperti dewasa lainnya yang melihat dunia dengan kacamata super-serius, orang-orang kreatif memandang bidang yang diminatinya mereka seperti taman ria. Mereka melakukan pekerjaannya dengan begitu menghiburkan diri sehingga terkesan seperti sedang bermain-main, padahal sebenarnya mereka juga bekerja keras mewujudkan 'mainannya'.

Fikiran orang-orang kreatif selalu penuh khayalan dan fantasi, tapi mereka juga tak lupa untuk tetap kembali ke alam nyata. Mereka mampu membuahkan ilham-ilham gila yang belum pernah tercetus oleh 6 juta manusia lain, tapi yang membuat mereka bukan sekadar pemimpi di siang hari adalah usaha mereka untuk menjambatani dunia khayalan mereka dengan kenyataan sehingga orang lain boleh ikut mengerti dan menikmatinya.

Orang-orang kreatif cenderung bersifat introvert dan ekstrovert. Pada kebanyakan orang lain, biasanya ada satu sifat yang cenderung lebih mendominasi perilakunya sehari-hari, tapi kedua sifat itu tampaknya muncul dalam campuran yang setara pada orang-orang kreatif. Mereka sangat menikmati baik pergaulan dengan orang lain (terutama dengan orang-orang kreatif lain yang sehobi) Tetapi menjadi musuh pada golongan yang buntu dan tidak kreatif, kerana idea dan pemikiran mereka akan buat orang tidak keratif sakit kepala dan serta budaya kerja orang tidak kreatif yang terlalu rutin dan tetap. Malahan mereka lebih suka bersendirian total ketika mengerjakan sesuatu.

Orang-orang kreatif biasanya rendah hati, namun juga bangga akan pencapaiannya. Mereka sedar bahwa Idea-Idea mereka tidak muncul begitu saja, melainkan hasil olahan inspirasi dan pengetahuan yang diperoleh dari lingkungan dan tokoh-tokoh kreatif yang menjadi idola mereka. Mereka juga terfokus pada rencana masa depan atau pekerjaan saat ini sehingga prestasi di masa lalu tidak sebegitu berartinya bagi mereka.

Orang-orang kreatif adalah androgini; Mereka mempelbagai-bagaikan batas-batas yang kaku dari stereotype kejantinaan mereka. Laki-laki yang kreatif biasanya lebih sensitif dan kurang agresif dibanding laki-laki lain yang tidak begitu kreatif, sementara perempuan yang kreatif juga lebih dominan dan 'keras' dibanding perempuan pada umumnya.

Orang-orang kreatif adalah pemberontak, tapi pada saat yang sama mereka tetap menghargai tradisi lama. Tentu sulit menyematkan nilai kreativiti pada sebuah teori atau karya yang tidak mengandung sesuatu yang baru, tapi orang-orang kreatif tidak ingin membuat sesuatu yang sekedar berbeda dari yang sudah ada; Ada unsur 'pembaikan' atau 'peningkatan' yang harus dipenuhi, dan itu hanya boleh dilakukan setelah orang-orang kreatif cukup memahami aturan-aturan dasarnya untuk boleh menyelaminya. Tidak semestinya Idea mereka yang kreatif diterima pada masa semasa.

Orang-orang kreatif sangat bersemangat mendalami pekerjaannya, tapi mereka juga boleh sangat objektif menilai hasilnya. Tanpa hasrat yang menggebu-gebu, mereka mungkin sudah menyerah sebelum sempat mewujudkan Idea kreatif mereka yang sulit dinyatakan, tapi mereka juga tidak dapat menghasilkan sesuatu yang benar-benar hebat tanpa kemampuan menerima kritikan orang lain atau kritikan sendiri dan karya sendiri habis-habisan - habolehn.

Orang-orang kreatif pada umumnya lebih terbuka terhadap hal-hal baru dan sensitif pada lingkungan. Sifat ini menyenangkan mereka (karena mendukung proses kreatif), tapi juga membuat mereka sering gelisah -bahkan menderita. Sesuatu yang tidak beres di sekitar mereka, kritik dan cemohan terhadap hasil karya, atau pencapaian yang tidak dihargai sebagaimana mestinya oelh golongan buntu atau tidak kreatif yang menguasai industri dan negara.

Hal-hal ini mengganggu orang kreatif lebih dari orang biasa. Hasil daripada kajian yang dibuat terhadap orang kreatif ini telah berjaya menghasilkan tenaga kerja yang kreatif dalam bidang kejuruteraan terutamanya di negara-negara maju dalam menghasilkan produk-produk sebagai contoh kereta yang berdaya saing dan berkualiti berbanding Malaysia yang kurang menghargai golongan ini.

jika tanpa golongan ini, negara akan lumpuh dari aktiviti ekonomi yang dapat menjana kemajuan negara dan rakyatnya.

Rabu, 24 September 2008

Pengiraann matematik darab 6 hingga 10 menggunakan jari

Saya cari merata-rata tentang formula pengiraan menggunakan jari dalam bahasa melayu. namun tiada. Sehubungan dengan tu saya ingat nak buat satu dalam bahasa melayu. Gambar movie cedok ler dari bahasa inggeris.
Sebenarnya banyak lagi cara kiraan guna jari. sehingga kita boleh cari panjang garis sendeng dalam pengiraan panjang dan lebar. tapi sayangnya saya dah tak ingat lagi. Ilmu tersebut disampaikan oleh tukang kayu(arwah) yang pakar buat bumbung rumah orang melayu lama.

Isnin, 22 September 2008

kestabilan politik Yin dan Yang

Semasa perjalanan saya ke sesuatu tempat dengan menaiki Kapal Terbang. Saya bertemu dengan seorang berbangsa Cina yang membicarakan mengenai politik semasa.

Beliau seorang mementingkan konsep Yin dan Yang dalam senario politik di Malaysia yang memperlihatkan perpecahan yang hampir seimbang di antara PR dan BN. Baginya posisi terbaik buat masa ini adalah keseimbangan. Menurut konsep yin dan yang. Orang Cina tidak boleh bersatu pada mana-mana parti demi kepentingan bangsa Cina dan survival ekonomi.

Dia bayangkan, sekiranya semua bangsa cina menyertai PR. Terutama sekiranya Perjuangan berunsur anti- keistimewaan melayu berjaya memainkan sentimen orang melayu yang sedang berpecah ini. Maka ia dikhuatiri dapat menyatukan melayu semula dengan kemungkinan kesanggupan UMNO melaksanakan Islam ala PAS kerana ditinggalkan MCA. Kemungkinan tindakan terdesak UMNO ini demi survival kuasa mungkin boleh mempengaruhi majoriti orang Islam.

Secara anggaran Matematik melayu Islam ada 55% dan bukan Islam ada lebih 45% tetap tidak akan memihak kepada kaum cina sebagai kerajaan. sentimen anti cina akan menjadi lebih teruk. maka ini jelas tidak menguntungkan dari segi ekonomi dan lain lain.

Keadaan sekarang mestilah dimanfaatkan secara bijaksana berdasarkan konsep Yin Yang.
Sehubungan itu, bangsa cina jangan bersatu pada mana-mana parti.

Ahad, 21 September 2008

Dome of Rock - Lawatan kerohanian



Peluang untuk melawat Masjidil Aqsa dan masjid As sakhara adalah sangat sukar untuk kita dari Malaysia. kerana negara kita tiada hubungan diplomatik dengan Israel. namun ada alternatif melalui negara lain yang berjiran dengannya di bawah adalah rakaman amatur dalam bangunan masjid Dome of Rock


Di dalamnya terletak batu terapung. Dibina pada tahun 692M, semasa pemerintah Khalifah Umaiyah Abdul Malik Ibn Marwan. Di dalam tersimpan batu tergantung di atas Gunung Mariah.

Isnin, 15 September 2008

Risiko Tsunami di Pantai Timur Smnnjung Pantai Sabah dan Pantai Sarawak, serta pantai timur



       Laut China Selatan yang luas terbentang adalah berisiko tsunami. Ini Adalah kerana Gelombang atau Ombak Tsunami boleh datang dari Gempa yang berbentuk sedut dan hempap. Atau dari runtuhan cerun-cerun gunung berapi yang panas yang menolak air laut di tepi kaki gunung berapi lalu membentuk ombak/gelombang yang amat besar atau dipanggil tsunami. Manakala Kaedah Gempa atau gegaran yang menjadi punca tsunami adalah jarang-jarang terjadi dan biasanya gegarannya melebihi M9.0 (dalam skala richter). Setakat ini secara rekod belum ada setinggi itu pernah berlaku di Laut Cina Selatan walaupun tidak mustahil.
Manakala Runtuhan tebingan Gunung berapi adalah agak berkemungkinan besar kerana terdapat banyak gunung berapi di sepanjang persisiran pantai di rangkaian lingkaran gunung berapi di sekitar laut China Selatan. Namun kebarangkalian untuk berlaku adalah rendah.
Laut China Selatan
       
        Di samping itu, Laut China Selatan ada beberapa buah gunung berapi bawah laut yang harus diambil perhatian. Antaranya jenis bawah laut (submarine) Terletak di Tenggara Vietnam di dalam laut China Selatan. Gunung berapi Bawah laut adalah salah satu punca tsunami jika berlaku pengeluaran lava gunung berapi secara besar-besaran dan kuat lalu menolak air disekitarnya menjadi gelombang besar(tsunami)

1. Ile des Cendres
The Ile des Cendres group of submarine volcanoes off the (Tenggara)SE coast of Vietnam consists of two submarine cinder cones that formed ephemeral islands during an eruption in 1923 and two submarine lava cones of uncertain age. The 1923 eruption produced two small islands, one about 30 m high and about 450 m long, and the other only 30 m wide and 30 cm high. A third submarine cone reached to within 20 m of the surface. Additional submarine cones occur between Ile des Cendres and the Vietnam mainland (Bondarenko and Nadezhnyi, 1989).

2. Veteran
A reef reported in 1880 at a location 34 km SSE of Grand Catwick Rock, off the SE coast of Vietnam, was not found in 1882. This was attributed to a possible volcanic eruption (Catalog of Active Volcanoes of the World). Discolored water, possibly from fumarolic activity, was reported in 1928. This area lies along a regional N-S-trending lineament related to extension produced by collision of the Australian plate.

Selain itu tidak lupa berpuluh-puluh Gunung berapi di persisiran pantai di atas Daratan Vietnam, Hainan Dao China, Taiwan China dan Philipine. Semuanya berpotensi menjadi punca Tsunami kepada Pantai timur Semenanjung malaysia, Sabah Malaysia dan Sarawak Malaysia.





Perkara ini tidak perlu dirisaukan kerana Jabatan Seimoslogi sudah pasti akan berjaga-jaga dengan lebih berhubung risiko yang mungkin ada dengan pengesan tsunami yang canggih. untuk mendapatkan maklumat terkini dan rasmi sila ke http://www.prh.noaa.gov/ptwc/




Jumaat, 12 September 2008

Pemantauan Gempa bumi dan kemungkinan Tsunami

Ini merupakan dari earthquake.usgs.gov
pemantauan ini dilakukan kerana ada dengar khabar angin akan berlaku tsunami mungkin salah satu hari dari 10 Mac sehingga 19 MAC 2011 . Namun biasalah ia sekadar kajian manusia. Sebagaimana juga ramalan hujan adakalanya tak juga hujan.




Skip to earthquake lists

Peta menunjukkan  gempa bumi terkini

Petunjuk dengan masa dan bila berlaku gempa

M5.1 details
M3.5 details
M5.4 details
M4.6 details
M4.9 details
M5.0 details
M4.9 details
M4.9 details
M5.2 details
M4.8 details
M5.0 details
M5.4 details
M6.9 details
M6.5 details
M2.9 details
M4.3 details
M4.3 details
M3.5 details
M4.9 details
M4.7 details
M6.1 details
M4.8 details
M5.4 details
M4.0 details
M5.2 details
M5.0 details
M5.1 details
M2.8 details
M5.3 details
M3.7 details
M2.6 details
M3.1 details
M3.7 details
M4.5 details
M2.6 details
M2.6 details
M3.5 details
M3.5 details
M2.6 details
M4.1 details
M2.6 details
M5.2 details
M2.8 details
M4.6 details
M3.8 details
M4.2 details
M4.6 details
M4.5 details
M2.7 details
M4.8 details
M5.0 details
M4.7 details
M4.3 details
M5.8 details
M3.2 details
M3.2 details
M3.1 details
M3.1 details
M4.2 details
M4.5 details
M4.3 details
M5.3 details
Zoom in
Zoom in
Zoom in
Zoom in
Zoom in
Zoom in
Zoom in
Zoom in
Zoom in
Zoom in
Zoom in
Zoom in
Zoom in
Zoom in
Zoom in
Zoom in
Zoom in
Zoom in
Zoom in
Zoom in
Zoom in
Zoom in
Zoom in
Zoom in
Zoom in
Zoom in
Zoom in
Zoom in
Zoom in
Zoom in
Zoom in
Zoom in
Zoom in
Zoom in
Zoom in
Zoom in
Zoom in
Zoom in
Zoom in
Zoom in
Zoom in
Zoom in
Zoom in
Zoom in
Zoom in
Zoom in
Zoom in
Zoom in
Zoom in
Zoom in
Zoom in
Zoom in
Zoom in
Zoom in
Zoom in
Zoom in
Zoom in
Zoom in
Zoom in
Zoom in
Zoom in
Zoom in
Zoom in
Zoom in
Zoom in
Zoom in
Zoom in
Zoom in
Zoom in
Zoom in
Zoom in
Zoom in
Zoom in
Zoom in
Zoom in
Zoom in
Zoom in
Zoom in
Zoom in
Zoom in
Zoom in
Zoom in
Zoom in
Zoom in
Zoom in
Zoom in
Zoom in
Zoom in
Zoom in
Zoom in
Zoom in
Zoom in
Zoom in
Zoom in
Zoom in
Zoom in
Zoom in
Zoom in
Zoom in
Zoom in
Zoom in
Zoom in
Zoom in
Zoom in
Zoom in
Zoom in
Zoom in
Zoom in
Zoom in
Zoom in
Zoom in
Zoom in
Zoom in
Zoom in
Zoom in
Zoom in
Zoom in
Zoom in
Zoom in
Zoom in
Zoom in
Zoom in
Zoom in
Zoom in
Zoom in
Zoom in
Zoom in
Zoom in
Zoom in
Zoom in
Zoom in
Zoom in
Zoom in
Zoom in
Zoom in
Zoom in
Zoom in
Zoom in
Zoom in
Zoom in
Zoom in
Zoom in
Zoom in
Zoom in
Zoom in
Zoom in
Zoom in
Zoom in
Zoom in
Zoom in
Zoom in
Zoom in
Zoom in
Zoom in
Zoom in
Zoom in
Zoom in
Zoom in
Zoom in
Zoom in
Zoom in
Zoom in
Zoom in
Zoom in
Zoom in
Zoom in
Zoom in
Zoom in
Zoom in
Zoom in
Zoom in
Zoom in
Zoom in
Zoom in
Zoom in
Zoom in
Zoom in
Zoom in
Zoom in
Zoom in
Zoom in
Zoom in
Zoom in
Zoom in
Zoom in
Zoom in
Zoom in
Zoom in
Zoom in
Zoom in
Zoom in
Zoom in
Zoom in
Zoom in
Zoom in
Zoom in
Zoom in
Zoom in
Zoom in
Zoom in
Zoom in
Zoom in
Zoom in
Zoom in
Zoom in
Zoom in
Zoom in
Zoom in
Zoom in
Zoom in
Zoom in
Zoom in
Zoom in
Zoom in
Zoom in
Zoom in
Zoom in
Zoom in
Zoom in
Zoom in
Zoom in
Zoom in
Zoom in
Zoom in
Zoom in
Zoom in
Zoom in
Zoom in
Zoom in
Zoom in
Zoom in
Zoom in
Zoom in
Zoom in
Zoom in
Zoom in
Zoom in
Zoom in
Zoom in
Zoom in
Zoom in
Zoom in
Zoom in
Zoom in
Zoom in
Zoom in
Zoom in
Zoom in
Zoom in
Zoom in
Zoom in
Zoom in
Zoom in
Zoom in
Zoom in
Zoom in
Zoom in
Zoom in
Zoom in
Zoom in
Zoom in
Zoom in
Zoom in
Zoom in
Zoom in
Zoom in
Zoom in
Zoom in
Zoom in
Zoom in
Zoom in
Zoom in
Zoom in
Zoom in
Zoom in
Zoom in
Zoom in
Zoom in
Zoom in
Zoom in
Zoom in
Zoom in
Zoom in
Zoom in
Zoom in
Zoom in
Zoom in
Zoom in
Zoom in
Zoom in
Zoom in
Zoom in
Zoom in
Zoom in
Zoom in
Zoom in
Zoom in
Zoom in
Zoom in
Zoom in
Zoom in
Zoom in
Zoom in
Zoom in
Zoom in
Zoom in
Zoom in
Zoom in
Zoom in
Zoom in
Zoom in
Zoom in
Zoom in
Zoom in
Zoom in
Zoom in
Zoom in
Zoom in
Zoom in
Zoom in
Zoom in
Zoom in
Zoom in
Zoom in
Zoom in
Zoom in
Zoom in
Zoom in
Zoom in
Zoom in
Zoom in
Zoom in
Zoom in
Zoom in
Zoom in
Zoom in
Zoom in
Zoom in
Zoom in
Zoom in
Zoom in
Zoom in
Zoom in
Zoom in
Zoom in
Zoom in
Zoom in
Zoom in
Zoom in
Zoom in
Zoom in
Zoom in
Zoom in
Zoom in
Zoom in
Zoom in
Zoom in
Zoom in
Zoom in
Zoom in
Zoom in
Zoom in
Zoom in
Zoom in
Zoom in
Zoom in
Zoom in
Zoom in
Zoom in
Zoom in
Zoom in
Zoom in
Zoom in
Zoom in
Zoom in
Zoom in
Zoom in
Zoom in
Zoom in
Zoom in
Zoom in
Zoom in
Zoom in
Zoom in
Zoom in
Zoom in
Zoom in
Zoom in
Zoom in
Zoom in
Zoom in
Zoom in
Zoom in
Zoom in
Zoom in
Zoom in
Zoom in
Zoom in
Zoom in
Zoom in
Zoom in
Zoom in
Zoom in
Zoom in
Zoom in
Zoom in
Zoom in
Zoom in
Zoom in
Zoom in
Zoom in
Zoom in
Zoom in
Zoom in
Zoom in
Zoom in
Zoom in
Zoom in

Tarikh hari ini

slow connection? click here