Jumaat, 13 September 2013

5 Model Perniagaan Berasaskan Internet yang mudah dan tinggi saingan

Produk Fizikal memerlukan anda berkerja keras dan berkemahiran  untuk menghasilkan produk sendiri dan berisiko tinggi. Namun model perniagaan yang lain memang mengurangkan gerak kerja. tetapi bila ia mudah persaingan juga banyak.

Antara model bisnes Internet selain model bisnes produk fizikal adalah seperti:

1. Jadi orang tengah

Sebagai contoh membina sebuah website tempahan kereta sewa  (Malaysia). Kita hanya jadi orang tengah yang mendapatkan tempahan dan kemudian menghubungi mana-mana agensi kereta sewa dan mengambil kos komisyen darinya.

sebenarnya banyak, seiring dengan perkembangan teknologi  lagi buah syarikat domain & hosting. Saya cari pelanggan dan daftarkan domain & hosting untuk mereka. Saya dapat untung melalui harga saya. Ini adalah salah satu perniagaan terawal saya.

2. Perkhidmatan online

Begitu banyak bentuk perkhidmatan yang boleh dilakukan secara online sepenuhnya tanpa perlu bersemuka dengan pelanggan, seperti:

- Penulisan Novel, thesis atau tugasan IT
- Rekabentuk grafik
- Membina laman web *
- Facebook Moderator
- Virtual Assistant
- Servis teknikal online *

 Ia umpama saya menyediakan servis membaiki kereta. Pelanggan hubungi saya dengan menyatakan masalah website ataupun blog mereka, kemudian saya bantu selesaikan.


Bagi perniagaan sebegini, ada dua cara untuk dapatkan pelanggan iaitu kita melakukan marketing sendiri, ataupun mendapatkan 'job' melalui laman web sepertihttp://www.freelancer.com/jobs/.

3. Konsultasi & Bimbingan Secara Online

Kebanyakan orang mempunyai ilmu dan kepakaran masing-masing. Mengapa tidak gunakan ia untuk membantu diri sendiri (dibayar) dan juga orang lain?

Sesi konsultasi hanya dilakukan secara online sahaja tanpa perlu bertemu dengan pelanggan. Gunakan kemudahan percuma sahaja yang ada di Internet sama ada melalui Yahoo Messenger, FB Chat, Emel, Skype dan sebagainya.

Seorang kenalan saya menyediakan servis mengajar Al-Qur'an hanya secara Online (Skype). Dan ada juga motivator menyediakan konsultasi kaunseling dan motivasi hanya secara online sahaja.

4. Produk Digital (downloadable)

Dalam diam-diam, sudah ramai yang menjana pendapatan melalui produk digital seperti ebook. Bahkan penerbit-penerbit buku juga sudah menjadikan buku cetakan mereka kepada format ebook.

Dengan kebanjiran pelbagai gajet, produk digital seperti ebook mempunyai pasaran yang amat besar. Sebab itu penerbit buku bercetak tidak mahu lepaskan peluang besar ini.

Produk digital seperti ebook hanya perlu didownload terus ke komputer ataupun gajet pembeli. Tiada kos penghantaran. Malah model perniagaan sebegini juga boleh diautomasikan sepenuhnya dari proses tempahan, pengesahan dan penyediaan ruangan muat turun file produk.

5. Pengiklanan

Model perniagaan ini bukan sekadar menghasilkan blog, dapatkan trafik dan kemudian dapatkan pengiklan. Jadikan bisnes ini lebih daripada sekadar buat duit. Lakukan dengan lebih serius seperti perbanyakkan lagi rangkaian website yang 'rich content' dan pelbagai kategori (topik).

Jika boleh, wujudkan sebuah pasukan (team) sendiri yang diurus di bawah sebuah syarikat / perniagaan yang tersusun rapi. InsyaAllah boleh pergi jauh.

Tarikh hari ini

slow connection? click here