Isnin, 23 Januari 2012

tulang ekor hujung... atau tulang belakang atau hujung tulang sulbi

Dari Al Mash... Abu Hurairah berkata, bahawa beliau ada mendengar "Rasulullah saw berkata, 'Di antara kedua-dua bunyi sangkakala, akan ada empat puluh." Seseorang bertanya kepada Abu Hurairah, "Empat puluh hari?" Tetapi beliau (Abu Hurairah enggan untuk menjawab. Kemudian beliau ditanya lagi, "Empat puluh bulan?" Beliau enggan untuk menjawab. Kemudian beliau ditanya lagi, "Empat puluh tahun?" Sekali lagi, beliau enggan untuk menjawab. Abu Hurairah hanya berkata. "Kemudian (selepas tempoh ini) Allah akan menghantar air dari langit, maka mayat akan tumbuh seperti tumbuh-tumbuhan tumbuh, Seluruh badan manusia reput hancur binasa kecuali salah satu tulang iaitu Tulang yang sedikit sahaja pada akhir tulang sulbi. Dari situ badan manusia akan dibuat semula pada hari kiamat. "

Hadits yang terkenal ini menjadi kepercayaan ummat Islam secara turun temurun bahawa kita akan dikembalikan semula kejadian asal pada kehidupan selepas kematian dari tulang sulbi. Kepercayaan ini disampaikan secara lisan dari ibubapa kepada anak-anak muslim apabila menceritakan tentang hari kebangkitan. tulang sulbi dipercayai tidak akan reput dan terus kekal hingga akhir zaman. 

Sebenarnya ada banyak perawi dan cara penyampaian hadits hingga boleh dikatakan sahih walaupun berbeza-beza cerita tapi sama saja maksud kesemuanya. Kata kuncinya ialah tulang Sulbi tidak akan reput. akan ada air yang akan menghidupkan semula pada selepas kiamat yang mana semua orang sudah mati. kehidupan selepas kematian

Ianya  adalah Tulang sulbi (Coccyx) yang melengkung pada hujung tulang belakang, separuh fleksibel lebih rendah tulang belakang (ruangan vertebra) pada manusia, yang mewakili ekor vestigial. Ia terdiri daripada 3-5 caudal berturut-turut kecil (coccygeal) vertebra. Yang pertama adalah tulang belakang yang agak baik jelas dan menghubungkan dengan sakrum; lepas diwakili oleh nodul yang kecil tulang. Saraf tunjang berakhir di atas tulang sulbi. Dalam awal dewasa fius vertebra coccygeal antara satu sama lain; dalam kehidupan kemudian tulang sulbi boleh fius dengan sakrum. Tulang punggung, tulang terakhir dalam kolum vertebra yang disebut dalam Hadis ramai bahawa tulang ini adalah asal-usul manusia dan benih dari mana mereka akan dibangkitkan pada hari kiamat dan bahawa bahagian ini ia tidak akan  reput di tanam dalam bumi atau hancur bila dibakar. 

Pada hujung usia seorang saintis German  pemenang hadiah nobel Hans Spemann(27 Jun 1869 - 9 Sept 1941)dalam tahun 1931-1935. telah mengkaji tulang sulbi ini. Agak menghairankan juga apakah inspirasi yang menyebabkan beliau mengkaji tulang sulbi ini. Mungkin atas dasar mahu membuktikan kepercayaan orang Islam tiada asasnya.(pendapat pribadi)

Faham2 jerlah tulang ini juga dijadikan hujjah pemerhatian sempit oleh golongan evolusi bukti bahawa manusia dari monyet berekor.

Tapi terbukti sebaliknya, tulang sulbi ini tidak akan rosak sel-selnya meskipun dibakar atau dikisar (setelah dikisar sudah tentu struktur fizikalnya hancur, tetapi sel-sel dalamannya masih hidup). Hasil kajian dengan penuh keikhlasan ini telah menyebabkan beliau mendapat hadiah Nobel. 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.

Tarikh hari ini

slow connection? click here