Rabu, 18 Januari 2012

Keratan Masa

Krata Masa atau dalam bahasa melayu modern sebagai "carta masa" merupakan kalendar pertanian orang-orang melayu di Semenanjung Malaysia. Dipersalin semula dari tulisan Lontara ke dalam blog ini dalam bentuk tulisan rumi. Oleh  kerana ia terjermahan bebas penulis yang bukan pakar dalam bidang pertanian maka akan ada penafsiran yang kurang tepat atau  mungkin diperkekal istilah asal. Manakala tarikh2 yang dinyatakan adalah anggaran sahaja.

Ka-se (Yang pertama) bermula dari 22 atau 23 Jun sehingga  2 atau 3 Ogos untuk menanam puhn-arin
( tanaman sampingan contohnya seperti kacang tanah, ubi dll yang sifatnya lasak mudah urus kurang air dan kering).

Ka-de (Yang kedua) bermula dari 3 atau 4 sehingga 25/26 Ogos untuk menanam puhn-arin kali kedua. Ia ditandai dengan pohon kekabu mula bertunas. pohon  kekabu ini tanaman wajib org melayu dahulu di mana buahnya boleh dituai untuk dijadikan isi tilam/bantal.

. Ka-le (Ketiga) 25/26 Ogos - 18/19 September. Musim ubi-ubi bertunas, memungut/amot/menuai hasil puhn-arin.

4. Ka-pe (Keempat) 18/19 September - 13/14 Oktober. Musim  kering, Masa ini kekabu mula berbuah , saat paling sesuai menanam pisang.
5. Ka-me (Kelima), 13/14 Oktober - 9/10 November. Musim  hujan, pohon asam bertunas, pohon kunyit berdaun muda.
6. Ka-en  (Keenam) 9/10 November - 22/23 Disember. Musim buah-buahan mulai tua, mula membajak tanah sawah.
7. Ka-ej  (Ketujuh) 22/23 Desember - 3/4  Pebruari. Musim kerap hujan sehingga banjir, badai, longsor (tanah jadi mudah runtuh),
8. Ka re  (Kelapan) 2/3 Februari. Musim  padi beristirahat, banyak ulat, banyak penyakit.
9. Ka ze  (Kesembilan) 1/2 Mac - 26/27 Mac. Musim padi berbunga, riang2 berbunyi.
10. Ka-sho (Kesepuluh) 26/27 Mac -19/20 April. Musim padi berisi tapi masih hijau, burung-burung membuat sarang, tanam puhn-arin seterusnya.
11. Ka shos(Kesebelas) 19/20 April - 12/13 Mei. Masih untuk tanaman sampingan, burung-burung beranak. 
12. Ka Shode  (Keduabelas) 121/13 April- 22/23  Jun. Musim menumpuk jerami, tanda-tandanya udara dingin di pagi hari.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.

Tarikh hari ini

slow connection? click here