Ahad, 6 Disember 2009

Sistem pembelian Petrol menggunakan MyCard

Utusan Malaysia hanya menyiarkan rancangan kerajaan untuk mengawal subsidi itu pada 2 Disember 2009 setelah disebarluas oleh individu tertentu di dunia siber dan forum.

Ini merupakan taktik lama dalam melihat maklumbalas yang bakal diterima sebelum prosedur kerja atau jalan kerja dijalankan. Buat sementara ini ia sedang dalam aplikasi tidak wajib di bawah tempoh percubaan di bawah program yang diusahakan oleh epetrol sdn bhd semenjak tahun 2003 lagi.

Perkara ini juga dibincangkan oleh beberapa media seperti thestar 16 September 2008

Kebaikannya semua dapat dilihat dan boleh ditambahbaik dari semasa ke semasa.

Namun ada beberapa perkara tidak jelas yang kerajaan perlukan dengan cara mengadakan khabar angin semoga menjadikannya sebagai perbincangan ramai maka secara tidak langsung dapat disenaraikan keburukan dan kebaikan yang boleh diperolehi dari pendapat-pendapat orang ramai dan lain lain medium yang ada di zaman ini.

Antara perkara-perkara negatif tersebut...(diperolehi melalui sungutan dan rungutan orang ramai melalui forum dan blog comment

- pegawai ATM yang tiada Mycard (Kad pengenalan tentera)
- penggunaan yang terlalu kerap dikhuatiri My card mudah rosak.
- masalah keselamatan semasa mengisi minyak dalam keadaan mudah diintip dan diserang.

sebarang komen tambahan dan ulasan amat dialu-alukan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.

Tarikh hari ini

slow connection? click here