Print laman penuh!

Print Friendly and PDF

Friday, December 18, 2009

Panduan am buka cover (thermo amp) proton exora


Selepas solat jumaat, aku cuba cuba melihat cara nak buka laci tepi sebelah kiri kereta exora aku. Padaku amat penting untuk membuka mende ni disebabkan banyak benda boleh diselenggara DIY berkenaan, contohnya penapis Aircond atau dipanggil pollen filter. Ia adalah sisyem yang bagus menyelamatkan system compressor air cond.. jgn jadi seperti kawanku yang pakai avanza 1.3 yang tiada system ini bila tak hantar servis lama naya jer kena seribu lebih RM servis Toyota compressor air cond.


Mula-mula aku siasat pergerakkan mekanikal laci tersebut, memerhatikan cara dilekatkan dan sambungan engsel plastic yang sedia wujud. pastu aku berteori sendiri.. dan memutuskan untuk tarik engsel ketika laci dibuka maksimum. Ianya dilakukan dengan teknik tersebut berdasarkan pertimbangan bahawa rekabentuk dan coraknya memang ada kelegaan untuk buka dan cabut.

Dengan Diiringi bismillah dan doa akupun tarik engsel tersebut ternyata benar memang ia sepertimana teori/ilham yang dijangkakan. Syukurlah tiada apa yang patah.
Proses pembelajaran sendiriku(berkat bimbingan guru-guru sekolah dan universiti) setakat ini diberi petunjuk dan bimbingan Allahu rabbil 'alamin. Alhamdulillah.



Engsel yang berjaya dicabut


Seterusnya adalah penyangkut yang jadi mengawal had bukaan laci. Ia boleh dibuka dengan menyengetkan laci seperti ditunjukkan dalam gambar.


Kemudian sementara laci masih disengetkan dengan menggunakan jari aku tarik keluar sambungan pengawal had bukaan laci tersebut. Seperti ditunjukkan pada gambar.


Akhirnya laci tersebut berjaya direlaikan keluar. bolehlah kita menyelenggara apa-apa dibelakangnya.

Seterusnya...



inilah dia sensor yang dipanggil thermo sensor yang mengawal suhu dalam kereta exora kalau mender kecik ni rosak maka kita akan dapat sistem aircond yang tiba2 x sejuk dan akibat tiub aircond membentuk ais batu. atau dalam bahasa omputih freezing.... under waranty ni.. masih free.


nanti dah out of warranty kena beli atau buat sendiri sesnsor ni sendiri. siapa yang berminat tahu harganya. bolehlah print gambo ni. lepas tu tunjuk ke kedai spare part air cond dan tanya harga.

No comments:

Post a Comment

Tarikh hari ini

slow connection? click here