Ahad, 27 Disember 2009

Bersama Emas Rahmat Kelebihan, Ada Tanggungjawab.

B.E.R.K.A.T atau singkatan dari Bersama Emas, Rahmat Kelebihan Ada Tanggungjawab adalah merupakan satu perkara yang kita ingin sampaikan kepada semua insan yang memiliki kelebihan...

Sepertimana sesetengah orang mendapat kelebihan kebijaksanaan atau lain-lain kelebihan. Bukan mudah sebab ramai manusia hanya tahu merendah-rendahkan orang lain selain memotivasikan semua orang menuju kehebatan dan kesejahteraan semua.

Bagaimanapun Tafsiran Merendah-rendahkan orang lain janganlah disempitkan. Boleh jadi kata2 yang kedengaran seperti merendah-rendahkan itu sebenarnya adalah kata-kata motivasi bagi sesetengah orang. Terpulang pada kita menafsirkan atau menterjemahkan kepada diri kita. Menjadikannya positif atau negatif.

Adakala Kata2 pujian melangit itu sebenarnya kadangkala melemahkan diri kita. Teringat Kata2 Ayah pada Abdullah munshi yang tidak mahu memuji kebolehan anaknya kerana dikhuatiri anaknya akan berpuas hati pada pencapaian semasa nya itu.

Itu yang seharusnya kita melihat dalam diri kita dalam menerima persepsi dan kata-kata orang lain yang akan sentiasa atau tetap sahaja berkata-kata semahunya.

Adiputra,
Oleh itu, jika ini jenis yang sentiasa suka meletakkan busuk atau buruk sangka dengan semua tindakan dan perkataan orang. Maka itu beerti hati kita kotor dengan bisikan jahat yang akhirnya menjatuhkan kita akhirnya.

Ini dapat dilihat bagaimana kesan dari sikap pemain Bolasepak Malaysia yang terlalu melayan emosi dengan pengadilan yang sememangnya tidak adil terhadap Malaysia semasa perlawanan dengan Vietnam. kekalahan 3 berbalas 1 adalah bukti kesan terlalu melayan perasaan tidak puas hati yang sebenarnya tidak bawa ke mana!

Namun, Setelah ditegur dan dinasihati jurulatih RajaGopal membuktikan kejayaan Pemain Malaysia pada perlawanan Akhir telah berjaya mengatasi emosi dan memperlihatkan kesabaran yang bijaksana terhadap sistem pengadilan yang buruk dan hodoh oleh pengadil asing itu telah membuktikan kita boleh menewaskan Laos dan Vietnam dengan bergaya.

Ini adalah fakta yang diakui semua. Kita wajar menerimanya dengan positif. Jangan mudah sakit hati bila dihina orang. Renungi apa yang dikata! bukan siapa yang berkata! Ini kerana Kebenaran boleh datang dari sesiapa jua.. malahan dari nabi yang ummi. malahan dari pengembala kambing yang jahil. Malahan dari musuh yang kelihatan bingung.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.

Tarikh hari ini

slow connection? click here