Ahad, 19 Oktober 2008

Ummat Islam yang menfitnah Nabi Muhammad s.a.w?

Orang2 Islam sejak zaman berzaman telah mempercayai fitnah terhadap rasullullah. Fitnah ini berpunca dari permusuhan yang berlaku sesama Islam seperti perebutan kuasa dan peperangan yang berkepentingan selain faktor faktor syaitan yang suka mempecah belahkan kita. Takutlah kita menjadi sebahagian dari penyambung lidah fitnah yang x masuk akal tetapi kita berani mengenepikan akal kita yang sihat kerana taasub kepada selain sumber AlQur'an.

Antara mereka yang jadi mangsa fitnah ialah


Saidatina ‘Aishah r.a. telah berkahwin dengan Nabi Muhammad s.a.w. ketika berumur enam tahun dan mereka mulai tinggal bersama semasa umurnya sembilan tahun, iaitu selepas Hijrah ke Madinah; dan beliau membawa bersama-sama anak patungnya ke rumah suaminya (Nabi s.a.w.).



Saidatina Khadijah r.a. berkahwin dengan Nabi Muhammad s.a.w. pada ketika umurnya 40 tahun.



Saidatina Fatimah r.a., anak perempuan Nabi s.a.w telah berkahwin dengan Saidina Ali r.a. sewaktu berumur sembilan tahun, di Madinah selepas Hijrah.



dan sahabat2 lain

Dikatakan beliau digauli semasa berusia 9 tahun. Satu usia yang sangat kanak-kanak. Perbuatan mengahwini kanak2 berusia kanak sebegitu bukanlah kebiasaan Arab, atau satu sunnah yang ada hadits untuk menyuruh kita ikuti?. Sedangkan Rasullullah adalah sebaik-baik teladan untuk kita ikuti??? Sebagaimana perkahwinan dengan bekas Isteri anak Angkat(Ummul Mukminin Zainab) yang mendapat tentangan kerana kejanggalan dalam norma-norma masyarakat semasa(zaman) itu, Mendapat sokongan dari Wahyu Allah. Tetapi Kejanggalan perkahwinan kanak2(Saiyiditina aisyah r.a) tidak pulak mendapat tentangan dari masyarakat semasa yang sememangnya tidak dianggap normal sebuah perkahwinan kanak2.

Setelah diselidiki oleh Hazrat Allama Mohammad Habibur Rahman Kandhalwi (almarhum) melalui sirah terdapat perkara tidak masuk akal terhadap sehingga kesahihan hadits sirah tersebut boleh dipertikai. Ini adalah kerana antara bukti terbesar ialah Aisyah r.a adalah golongan terawal masuk Islam dan masih masih kanak2 ketika itu iaitu berusia lebih kurang 6 tahun lebih. Iaitu ketika Rasullullah dalam usia 40 tahun(dilantik menjadi Rasul) , sedangkan rasulullah mengahwini Aisyah ketika baginda berusia 53 tahun... maka secara anggaran Ummul Mukminin itu mungkin berusia 19 tahun semasa digauli.


Setelah diselidiki Riwayat hadits Yang Dibuat oleh Hazarat yang Mulia Ummul Mukminin yang terbanyak itu adalah bermula semenjak zaman awal kenabian lagi. Adalah mustahil jika beliau belum lahir sedangkan ada hadits dari beliau ttg keadaan zaman awal kenabian. Imam Bukhari dan Imam Muslim telah berusaha sebaik mungkin menapis dan membuang semua lambakan hadits-hadits palsu akibat dari zaman fitnah. namun begitu tanpa berniat memburuk-burukkan atau mempermalukan sesiapa sudah pasti tidak mustahil ada kesilapan dalam proses penapisan tersebut. Tetapi Allah maha kuasa, Fitnah ini dapat dikesan oleh generasi kini melalui Allahyarham Hazrat Allama Mohammad Habibur Rahman Kandhalwi (almarhum) dikenali sebagai salah seorang ulama yang unggul di India -Pakistan Rujukan beliau ialah hadits Sahih Imam Bukhari dan Sahih Imam Muslim juga. serta Penulis Sirah Islam Hisham ibnu Urwah Ibnu Zubair ibnu Al Awwam boleh lihat perbincangan di

http://darulkautsar .com/article. php?ArticleID= 562

Semoga kita tidak menyambung lidah fitnah dan menanggung dosa darinya. dan sesiapa jua tidak terlepas dari kesilapan. tetapi jgnlah sehingga menutup fikiran melihat kebenaran dengan akal yang sihat kurniaan Allah.

Sabtu, 18 Oktober 2008

Adakah mukjizat?

Teringat semasa zaman sekolah dulu semasa belajar sirah nabi dikatakan bahawa Ummul Mu’minin Saidatina Khadijah r.a. berumur 40 tahun ketika beliau berkahwin dengan Rasulullah s.a.w. Ia adalah suatu riwayat yang tidak logik sebagaimana fitrah biasa, tetapi telah diterangkan sebegitu luas dan penuh yakin oleh guru yang mengajar sejarah. Ini adalah kisah yang sangat tidak logik untuk membuktikan bahawa Rasulullah s.a.w. telah melalui zaman mudanya bersama-sama dengan seorang wanita tua atas 45(merujuk usia arwah mak paling akhir boleh beranak). dengan mengira 10 bulan termasuk tempoh nifas



Dalam usia lanjut(40-51), beliau r.a telah melahirkan empat orang anak perempuan iaitu Zainab, Ruqayyah, Ummu Kalthum dan Fatimah r.a.; dan tiga orang anak lelaki yang mati semasa kecil lagi, dinamakan Qasim, Tayyab and Tahir. Menurut sesetengahnya pula, beliau r.a. telah melahirkan empat orang anak lelaki; ada seorang yang bernama Abdullah, sedangkan setengah yang lainnya pula menyatakan bahawa yang sebenarnya Abdullah telah dipanggil sebagai Tayyab dan Tahir. Alangkah anehnya cerita ini pada usia 40 an menghampiri normal yang tidak pernah dianggap atau diisytihar mukjizat kenabian semasa itu. Fitrah biasa hanya boleh melahirkan sehingga umur 45 sebelum tempoh menopause normal. boleh melahirkan anak sehingga 7 atau sehingga 8 orang bukan kembar???



Pencarian diteruskan dan didapati Saidatina Khadijah r.a. telah berkahwin sebanyak dua kali sebelum berkahwin dengan Rasulullah s.a.w. Perkahwinan pertamanya adalah dengan Abu Halah Hind bin Banash bin Zararah. Daripadanya, beliau telah mendapat seorang anak lelaki dan seorang anak perempuan. Nama anak lelakinya ialah Hind dan anak perempuannya bernama Halah. Setelah kematian Abu Halah, Khadijah r.a. berkahwin dengan Atiq bin ‘Aid Makhzumi. Daripadanya dia mendapat seorang anak perempuan yang juga bernama Hind. Inilah sebabnya mengapa Saidatina Khadijah r.a. mendapat gelaran atau panggilan mesra sebagai Ummu Hind. Anak lelaki Saidatina Khadijah, Hind, telah memeluk Islam. (Seerat-un-Nabi, Jilid II, m/s 402-versi bahasa inggeris).



Di sini, timbul kehairanan yang tersimpan sekian lama, iaitu Saidatina Khadijah r.a. telah melahirkan empat orang anak sahaja di usia mudanya, namun semasa usia tuanya beliau telah melahirkan tujuh atau lapan orang anak, yang mana ia agak bertentangan dengan logik akal. Sebabnya, menurut Sains Perubatan, seorang wanita menjadi tidak subur untuk melahirkan anak, biasanya apabila melewati usia 45 tahun. Bagaimana pula boleh dipercayai bahawa lapan orang anak telah dilahirkan setelah melepasi usia 40 tahun?



Sedangkan tiada pula perakuan dari mana kitab sirah menyatakan ianya adalah satu mukjizat atau sebagainya?

Isnin, 13 Oktober 2008

kod Barang China dan Taiwan


sumber: dari email keluarga2020

With more and more milk products from China and Taiwan having problem. We really got to check where the things are produced. Here is a way to differentiate Taiwan made products and China made products : by looking at first three digits of its Bar Code as shown above.

If the 1st 3 digits are 690, 691 or 692 - China made
If the 1st 3 digits are 471 – Taiwan made(example as pictures underlines numbers)

Sabtu, 11 Oktober 2008

Projek Electro Hydroxy - tenaga air

Teknologi ini telah lama berjaya sejak 50 tahun dahulu oleh Stanley Meyer. Malahan telah di war-warkan di media jepun pada suatu masa dulu.

Kita boleh buat 100% penggunaan air dalam menjana hyrogen secukupnya tanpa perlu mewujudkan proses hyroxy seperti penggunaan karbon dan lain lain kaedah hydroxy konvensional.

lebih detail rujuk jadual kimia yang dibuat dalam bentuk swf (flash file)

click to begain...di paparan paliing bawah kiri untuk memulakan animasi jadual bahan kimia ini.






Sebaik-baiknya ia adalah tindakbalas elektron-elktron dalam 3 bahan kimia utama ferum yang terikat dengan chromium supaya besi tidak karat disebabkan oksigen, Hydrogen yang terikat dengan oksigen menjadi air. Proses ini menggunakan Pottasium yang disimbolkan sebagai "K" di dalam jadual atau boleh juga gabungan bahan NAOH untuk mewujudkan Gandaan Hydrogen kuasa 2 oksigen atau ringkasnya gas HHO. semua proses ini dijana dengan voltan setinggi lebih kurang 14 Volt DC dengan rintangan litar sebanyak 1.2 ohm sahaja.


Nak tau lebih lanjut rujuklah pakar kimia. atau boleh rujuk berjuta-juta ebook berkaitanPanacea University of open knowlegde


sila rujuk jadual dengan klik setiap ruang nama kod kimia


gambar pemasangan part atau bahagian reaktor hydrogen.



ok selamat mencuba semoga alam sekitar yang bersih kembali pada kita. Suatu pulangan yang tidak terbayar walau sejuta.

Guna Quiz maker

Banyak perisian quiz maker wujud di pasaran kini semenjak adanya flash programming. Flash ternyata banyak memudahkan. walaupun mahal.



Malaysia ramai pakar IT. yang benar2 berlatarbelakangkan IT. sebagai contoh ada pula perisian online buatkan peperiksaan secara online dengan beberapa ciri soalan di easytest maker

Rabu, 8 Oktober 2008

PM selepas Mac 2009

Desakan Mahathir dan konco-konconya nampaknya telah berjaya mempengaruhi niat asal PM ke lima dalam cuba menyelami realiti sokongan yang dihadapi. PM ke 5 secara pribadi saya berpendapat telah membuka matanya terhadap kenyataan berbelah bahagi golongan yang telah goyah untuk menyokongnya.

Najib yang kini dalam ancaman skandal mendiang wanita monggolia agar sukar mendapat sokongan berbanding Tengku Razaleigh(TRH). TRH selaku manusia yg mempunyai impian menjadi PM pasti mahu menggunakan kesempatan ini untuk mencapai cita-citanya.

Manakala Anwar dari luar UMNO tentu sahaja terpaksa menunggu pilihanraya seterusnya 2012.

inilah jangkaan biasa semua orang tetapi ianya terdedah kepada sejuta kemungkinan yang boleh dianalisa. Tambahan PM ke 5 mempunyai gaya U turn dalam setiap tindakannya.

UMNO adalah parti yg tertanam kukuh oleh pengundi taasub generasi tua yang semakin merosot bilangannya nanti. mereka yang menyayangi ini adalah generasi yang lahir sebelum tahun 50-an. mereka ini berumur dalam lingkungan 50 lebih ke atas.

Terutama sebelah Selatan Semenanjung.

Tarikh hari ini

slow connection? click here