Isnin, 22 September 2008

kestabilan politik Yin dan Yang

Semasa perjalanan saya ke sesuatu tempat dengan menaiki Kapal Terbang. Saya bertemu dengan seorang berbangsa Cina yang membicarakan mengenai politik semasa.

Beliau seorang mementingkan konsep Yin dan Yang dalam senario politik di Malaysia yang memperlihatkan perpecahan yang hampir seimbang di antara PR dan BN. Baginya posisi terbaik buat masa ini adalah keseimbangan. Menurut konsep yin dan yang. Orang Cina tidak boleh bersatu pada mana-mana parti demi kepentingan bangsa Cina dan survival ekonomi.

Dia bayangkan, sekiranya semua bangsa cina menyertai PR. Terutama sekiranya Perjuangan berunsur anti- keistimewaan melayu berjaya memainkan sentimen orang melayu yang sedang berpecah ini. Maka ia dikhuatiri dapat menyatukan melayu semula dengan kemungkinan kesanggupan UMNO melaksanakan Islam ala PAS kerana ditinggalkan MCA. Kemungkinan tindakan terdesak UMNO ini demi survival kuasa mungkin boleh mempengaruhi majoriti orang Islam.

Secara anggaran Matematik melayu Islam ada 55% dan bukan Islam ada lebih 45% tetap tidak akan memihak kepada kaum cina sebagai kerajaan. sentimen anti cina akan menjadi lebih teruk. maka ini jelas tidak menguntungkan dari segi ekonomi dan lain lain.

Keadaan sekarang mestilah dimanfaatkan secara bijaksana berdasarkan konsep Yin Yang.
Sehubungan itu, bangsa cina jangan bersatu pada mana-mana parti.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.

Tarikh hari ini

slow connection? click here