Isnin, 28 Julai 2008

Pelbagai jenis Apam (18 tahun ke atas)

Amaran : Jika di bawah umur, pastikan anda dibimbing oleh tukang masak yang berpengalaman.

APAM TEPUNG BERAS

Bahan-Bahan:
- 1 cawan tapai nasi
- 1 cawan gula pasir
- 4 cawan air
- 500 gram tepung beras
- satu sudu teh yis roti
- satu sudu teh serbuk Eno biasa
- secubit garam
- Kelapa parut

Cara:
Masukkan tapai nasi, gula ke dalam pengisar makanan. Tambahkan air sedikit sedikit selang dengan tepung beras sehingga habis. Campurkan serbuk mauripan. Letakkan adunan dalam bekas plastik yang kedap udara dan perap selama 4 jam atau lebih. Adunan akan naik/mengembang menjadi 2 kali ganda.
Setelah adunan mengembang, kukus air untuk mengukus adunan. Tambahkan serbuk Eno dan garam, kacau perlahan-lahan. Tambah pewarna jika mahu.. Anda boleh mengukus menggunakan loyang atau acuan kecil yang boleh di dapati di pasaran. Jangan lupa palitkan sedikit minyak masak agar apam tidak melekat di acuan. Sekiranya anda menggunakan loyang, kukus selama 45 minit dan sekiranya menggunakan acuan mangkuk kecil, 15 minit sahaja.
Kelapa parut dikukus selama 10 minit. Setelah sejuk, gaulkan dengan garam kemudian taburkan ke atas apam tadi.


APAM PISANG

Bahan-Bahan:
4 biji telur
1 cawan gula
6 biji pisang
2 cawan tepung gandum 1 camca kecil soda bikarbonat
1 camca kecil baking powder
Secubit garam
Cara:
Pisang dilenyek hingga hancur kemudian masukkan soda, kacau hingga rata. Telur dan gula dipukul hingga kembang, masukkan tepung yang telah diayak bersama baking powder. Gaul hingga rata kemudian masukkan pisang tadi dan garam. Kukus hingga masak lebih kurang 45 minit.

APAM GULA HANGUS

Bahan-Bahan:
5 biji telor ayam
1 cawan gula pasir
¾ cawan susu pekat manis 2 cawan tepung gandum (diayak)
½ cawan gula pasir (dibuat gula hangus)
½ cawan air (dimasukkan dalam gula hangus)

Cara:
Pukul telor bersama gula hingga kembang masukkan susu pekat manis dan pukul lagi kemudian masukkan tepung gandum sedikit-sedikit sambil dikacau hingga sebati. Akhir sekali masukkan gula hangus tadi dan dikacau sebati. Tuangkan adunan dalam bekas untuk dikukus selama 40 minit.
Cadangan Hidangan:
Kalau suka boleh juga dikukus dalam acuan kecil-kecil.
Tambahan:
Sekiranya terasa manis kurangkan sedikit gula.


APAM SERI AYU

Bahan-Bahan:
3 biji telur
½ cawan santan atau susu
½ camca kecil soda bikarbonat
¼ cawan susu
Sedikit garam
Sedikit tepung 2 cawan tepung gandum
1 cawan gula
½ camca kecil ovallete (jika ada)
1 cawan kelapa parut
Garam secukup rasa
Cara:
Telur dimesin bersama gula hingga kembang. Masukkan santan dan tepung yang telah diayak bersama soda, mesin hingga sebati. Sapukan sedikit minyak pada acuan, ambik sedikit kelapa yang telah dimasak tadi dan tekan sehingga padat kemudian tuangkan adunan tepun tadi. Kukus hingga masak selama 15 minit.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.

Tarikh hari ini

slow connection? click here