Ahad, 11 November 2007

jawapan pompuan berduit yg anti poligami

jawapan dengan sesak nafas di dada
cakap senang ler.Ukur ler baju kat badan sendiri dulu.
Mampu ker x mampu.
klu setakat nafkah batin jg keutamaan.
yg zahir terabai.pompuan mana berani dan sanggup berpoligami.
Klu setakat kawen 4 ikut sunnah nabi.
yg lain2 tak ikut.
baik x payah.
bhentikan.
jangan permainkan perasaan wanita.
yg sorang tu pun x terlayan karenahnya.

bkn pompuan x paham poligami
tp somi tu sendiri x mampu.
dan x patut dan x layak berpoligami.

jawapan dengan nada hasad dan emosi budaya umpat mengumpat(dengki la tu)
Assalammualaikum. ....aku ambil kesempatan mengucapkan selamat hari raya dan maaf zahir bathin walaupun masih belum kenal mengenali antara satu sama lain.

Aku sebenarnya terpanggil apabila membaca hampir kesemua komen dan pandangan tajuk ini....tajuknya serius..adakalanya didebatkan seakan-akan menjadi kelakar lak...kot masuk ruangan kelakar...so nampak kelakar la...

Aku seorang isteri....x marah kalu suami nak berpoligami. ...dulu aku mungkin marah....melenting. ..hujungnya pasti merajuk...tapi la ni...aku rasa aku mampu bersahaja kalu suami aku berhajat menyuarakan keinginannya utk berpoligami. ...hairan! !!

Tak ader apa yg nak dihairankan. ...terlalu banyak contoh dan teladan di sekitar kita...ada mata pandang...ada telinga dengar...ada mulut baca....kalu tak der apa-apa muhassabah diri sakan-sakan. ...siapa? ...apa?.. ..ader macam2...baik artis...pemimpin. ...org kaya...org ternama...sebut ajer...waimma mereka yg bergelar ustadz pun....walau kat maner pun...pasti ader cerita....tambah lak gan teknologi yang bercambah... aper yg nak disorok semuanyer..tersingk ap....so. ..aku nak marah ke?

Aku takkan marah....sebab. ..semua yg kat atas tu dah jadi contoh....kalu nak buat...hah.. .buat...2 ker...3ker.. .waimma 4ker....ikut suker ler....aku tetap aku...nak suruh kompromi...nanti dulu....kat maner yg aku harus kompromi.... sekarang aku kena belanja 100% kat rumah aku...dari bayar bil sampai ke belanja anak-anak... .sebab... .kau dah ader tanggunggan yg lain....so.. .kau bole cakap benda yg sama kat yg ke-2 sebab kau dah ader yg ke-3 dan seterusnya cakap benda yg sama kat yg ke-3 sebab kau dah ader yg ke-4....
memang nampak senang dan mudah...aman dan harmoni...cerita kat aku...ayat al Quran yg maner berikan maksud yg sedemikian lunak....jgn main2...part poligami semua nak jadi nabi...kalu bole tunjukkan kat aku satu manusia yg berpoligami hari ini yg mirip gan kehidupan Nabi Muhammmad SAW aku tabik....isteri- isteri nabi pun kadang kala memeningkan. ..so jgn kater isteri-isteri hari ini yg aku rase ramai yg celik huruf dr buta hurufnyer nak disuruh terima dan akur.....lihat sekeliling.. .gejala sosial yg berkembang biak mcm ulat taik...cuber cerita...berapa % yg bole dikaitkan dgn kesan poligami...ni yg nak dikaterkan menambah ummat Muhammmad...

Aku yakin sepenuhnyer. ...Nabi Muhammad tak mintak benda2 mcm ni...walaupun dia tau ini hakikat akhir zaman...aku cumer nak kata...aku jahil dalam bab agama....iman aku pun senipis kulit bawang....aku tak berhak nak ulas benda2 mcm ni....ilmu aku tak kesampaian.. .takut aku salah dan silap lagi parah....

Tapi aku nak kater...duduk jap depan cermin....takkan tak der cermin kat rumah....cermin diri kiter...lama- lama....cuber cari...sebenarnyer berapa tebal jeragat....berapa banyak jerawat....pori2 mana yg tergangga... .bintik2 itam maner yg busuk dan menanah....lepas tu buat keputusan... sesuai ker aku ni nak tambah make-up....ker. ..aku cumer menampal sampai berbopeng... sampai muntah lak orang lain tengok...tau aku kena repair...

Mari la...sama2 kiter muhassabah diri dan bentuk apa yg diamanahkan spy jdi kebanggaan Nabi Muhammad kat akhirat kelak....agar dapat la kiter sufa'atNyer. Wallahhualam.

berpoligami dengan betul

Sepanjang sejarah manusia, kalau kita lihat dari dulu sampai
sekarang, dalam soal unit keluarga ini ada berbagai-bagai bentuk
amalan. Ada suku-suku bangsa yang mengamalkan sistem polyandry, yang
sangat bertentangan dengan fitrah manusia.

Polyandry ini ialah isteri yang mempunyai lebih daripada satu suami.
Ini berlaku pada suku-suku kaum yang mundur, misalnya kaum asli atau
Aborigin. Di dalam sistem ini seorang perempuan boleh mempunyai dua
atau tiga suami, kadang-kadang berbelas-belas suami. Semua suami
berkhidmat kepada isteri tersebut. Ia mirip kepada sistem hidup semut
atau lebah di mana ketuanya adalah permaisuri. Permaisurilah yang
mengarahkan segala-galanya. Akibatnya mereka kekal mundur, kerana anak2 mereka dididik dengan kualiti rendah(ibu sibuk melayan nafsu sex suami2 yang tidak putus2).

Berbeza tamadun bangsa yang mengamalkan poligami. terbukti tamdun mereka gemilang kerana anak dididik dengan ibu yang dapat memberi tumpuan yang lebih. Islam membawa satu sistem yang bertentangan dengan itu, iaitu poligami, di mana seorang suami boleh mempunyai banyak isteri. Sekali imbas, kalaulah poligami dalam Islam ini tidak dikaji betul-betul kebaikan dan hikmahnya, maka kebanyakan manusia terutama para
orientalis dan orang-orang Islam sendiri yang tidak faham atau yang tidak dididik secara Islam, akan menganggap bahawa poligami ini tidak lain dan tidak bukan, hanyalah satu cara untuk orang lelaki menindas kaum perempuan atau untuk memuaskan nafsu mereka terhadap kaum perempuan. Maka timbullah berbagai fitnah terhadap orang yang berpoligami.

Tambahan pula ada orang-orang Islam yang berpoligami tetapi tidak mengikut cara berpoligami yang sebetulnya. Antaranya, berlaku ketidakadilan, tidak membela, mengabaikan anak, tinggal isteri lama-lama dan lain-lain lagi sehingga timbullah masalah dalam masyarakat. Maka buruklah rupa poligami itu walaupun yang sebenarnya hikmahnya sangat besar.

Poligami jadi `buruk' kerana orang yang mengamalkannya tidak mengikut
cara sebagaimana sepatutnya. Hilanglah cantik dan indahnya amalan
poligami ini. Lalu bagi yang tidak faham dan juga bagi para
orientalis, inilah kesempatan untuk mereka menekan, mencemuh serta
menghinakannya.

Termasuk golongan yang tidak menyokong poligami ini ialah kaum wanita
Islam yang tidak faham dan yang mengukur dan menilainya dengan
perasaan dan hawa nafsu mereka semata-mata. Mereka menentang poligami
atas alasan tidak mahu berkongsi kasih sayang suami, suami tidak akan
berlaku adil dan sebagainya.

Sebenarnya kasih sayang itu bukan mata benda macam duit yang kalau
dikongsi, takut-takut tidak cukup atau jadi kurang. Ia perkara
maknawi yang tidak boleh disukat dengan dacing atau gantang. Ia
ibarat air laut. Sebanyak mana pun bekas yang dibawa, diisi penuh
dengan air laut tidak akan habis malahan sedikit pun tidak akan luak
atau kurang. Kalau isteri itu solehah dan berakhlak, tetap suami akan
sayang.

Kalau ada empat isteri yang semuanya solehah dan berakhlak, keempat-
empatnya suami akan sayang. Kalau isteri degil, jahat dan tidak
berakhlak, tidak ada suami yang akan sayang walaupun dia seorang
sahaja isterinya. Kasih sayang bukan benda yang dikongsi-kongsi.
Masing-masing boleh ambil mengikut hak masing-masing tertakluk kepada
syarat sama ada mereka itu menyenangkan hati suami dan layak diberi
kasih sayang ataupun tidak.

Adil pula bererti menaruh hak pada yang hak. Adil tidak bermaksud
pembahagian sama rata. Kalau seorang suami mempunyai ramai isteri dan
setiap isterinya diberi nafkah mengikut keperluan masing-masing
walaupun nilainya tidak sama di antara satu sama lain, itu adalah
adil namanya sebab keperluan setiap isteri itu tidak sama.

Apa yang sebenarnya ditakuti oleh wanita yang menentang poligami
atas dasar takut suami tidak adil sebenarnya ialah kerana mereka mahu
membolot kesemua harta dan wang suami untuk diri mereka seorang
sahaja dan tidak mahu berkongsi harta dan wang suami dengan orang
lain. Kalau inilah sebab yang sebenarnya, maka jangan gunakan alasan
adil atau tidak adil kerana ini tidak ada sangkut-paut dengan
keadilan.

Memang Allah jadikan lelaki itu sifat semulajadinya polygamous atau
suka pada lebih dari seorang isteri. Syariat Islam juga sesuai dengan
fitrah ini dan lelaki dibenarkan berpoligami. Hikmahnya banyak. Ia
boleh cepat meramaikan zuriat. Rasulullah SAW bukan sahaja suka dan
gembira malahan megah melihat umatnya ramai.

Tambahan pada itu, orang perempuan ada banyak masa uzur. Contohnya
semasa haid atau setelah bersalin. Ada yang haid sampai lima belas
hari. Tetapi orang lelaki sentiasa bersedia atau sentiasa siap siaga.
Oleh itu, seorang isteri tidak akan mampu melayan kehendak suaminya
sepanjang masa. Isteri perlu bertolak ansur dan membenarkan suaminya
mempunyai isteri-isteri yang lain terutama kalau suaminya jenis yang
berkeinginan tinggi.

Lelaki juga, sifat semula jadinya mudah jemu. Ibarat makanan, kalau
setiap hari dihidangkan gulai asam pedas, lama-lama dia akan hilang
selera walaupun asam pedas itu sedap. Kalau gulai asam pedas itu
digilirkan dan diselang seli dengan masak lemak cili api, kari atau
gulai tempoyak, maka seleranya terhadap gulai asam pedas akan kekal
sampai bila-bila. Selang beberapa hari, dia akan berselera untuk
makan gulai asam pedas semula.

Ada peribahasa Inggeris yang berbunyi "Variety is the spice of
life". Poligami ialah satu jalan untuk mengekalkan kasih sayang
antara suami isteri. Belum hilang rindu pada seseorang isteri, sudah
terpaksa ditinggalkan untuk giliran isteri yang lain. Dengan
demikian, si suami sentiasa dalam keadaan merindui isteri-isterinya.
Isteri-isterinya sama juga. Tidak sempat untuk jemu, tidak sempat
untuk bosan. Jadi tidak ada ruang untuk pergaduhan dan bermasam-masam
muka. Salah sedikit-sedikit mudah sahaja dimaafkan.

Bagi para isteri, melayan suami meletihkan. Kalau suami ada di rumah,
isteri terpaksa memberi tumpuan pada suami. Tidak banyak masa
terluang untuk membuat perkara-perkara yang diminati atau yang boleh
dijadikan hobi seperti menjahit ke, crochet ke, menanam orkid ke,
buat parti `tupperware' ke dan sebagainya. Tambahan lagi, kalau suami
sentiasa ada di rumah, lama-kelamaan layanan akan jadi hambar. Sampai
satu ketika, masing-masing akan buat hal masing-masing.

Dalam poligami, ada giliran. Kalau waktu giliran, isteri boleh
memberi segala tumpuan untuk melayan suaminya kerana itulah masa pun
untuk bersama. Semasa bukan giliran, isteri boleh buat kerja-kerja
lain yang dia suka. Maka fikiran dan aktiviti isteri boleh terbuka
luas dan tidak jadi terkongkong dan jumud seperti isteri yang tidak
bermadu.

Inilah juga peluang untuk isteri yang bermadu berkecimpung di dalam
masyarakat, untuk membuat khidmat-khidmat masyarakat dan membina
serta membangun masyarakat khususnya dalam hal ehwal dan kebajikan
wanita dan kanak-kanak. Ini kerana di kalangan para isteri, ada yang
layak dan berkemampuan untuk memimpin dan menggerakkan pertubuhan-
pertubuhan wanita.

Kalau semua masa diperlukan untuk melayan suami semata-mata,
masyarakat akan rugi. Sukar bagi isteri yang tidak bermadu hendak
berkecimpung dalam masyarakat kerana dia terpaksa melayan suami.
Kalau tidak suami akan terabai.

Kalau ramai isteri-isteri yang bermadu, maka ramailah tenaga wanita
yang ada untuk menggerakkan pertubuhan-pertubuh an wanita dan
memajukan kaum wanita dalam bidang ekonomi dan kemasyarakatan. Biar
isteri yang mempunyai giliran sahaja yang melayan suami. Yang tidak
mempunyai giliran boleh bergerak dan berkhidmat dalam masyarakat.
Masyarakat akan untung. Kaum wanita akan untung.

Wanita Barat sibuk dengan `Women's Liberation' tetapi apa pun tidak
berlaku. Tidak ada hasil. Bising sahaja. Biar wanita Islam sibuk
melagangkan poligami dan pada waktu yang sama, kaum wanita Islam
membina, membangun dan berkemajuan.

Sebenarnya kalau kita dapat fikirkan dengan waras, kita akan
berterima kasih kepada orang lelaki yang mahu berpoligami. Kerana bila
seorang lelaki berkahwin, dia hanya selesai satu masalah tetapi dalam
masa yang sama dia menempuh 99 masalah. Bagi orang perempuan pula,
bila dia berkahwin, dia selesai 99 masalah dan menempuh satu masalah
sahaja. Jadi kalau ada lelaki mahu berkahwin, ertinya dia itu berani
kerana dia sanggup menempuh 99 masalah. Lebih-lebihlah lagi yang
mampu kahwin lebih, 2, 3 atau 4. Maknanya akan timbul 99 x 4 masalah.
Orang yang hendak berpoligami ini haruslah seorang yang berani, tahan
lasak dan sanggup menanggung risiko.

Poligami sebenarnya adalah satu perjuangan. Melalui poligami ini kita
dapat membangunkan berbagai kekuatan. Poligami ini mendidik kita
setiap hari. Melalui poligami, tiap saat kita terdidik, sebab kita
terpaksa berhadapan dengan kerenah para isteri, berhadapan dengan
tanggungjawab dan sebagainya.

Maknanya 24 jam kita terdidik. Hendak tidur pun kita kena tepati
tempat dan masa. Berbeza kalau ada seorang isteri.Hendak balik ke
rumah atau tidak, hendak tidur di rumah atau tidak, ia terpulang pada
suami. Tetapi bila berpoligami, suami sudah tidak bebas lagi. Giliran
pada isteri-isteri wajib dipenuhi.

Poligami sebenarnya adalah satu proses tarbiah yang cukup hebat. Dari
poligami akan timbul kekuatan-kekuatan lain.Melalui poligami akan
tumbuh sifat-sifat baru pada diri kita yang boleh menguatkan kita.

Antaranya ialah sifat sabar. Poligami menjadi tempat latihan bersabar
menghadapi bermacam-macam kerenah isteri. Suami akan terlatih
bagaimana hendak bersaikologi, berstrategi dan lain-lain.

Ini merupakan pengalaman dan pendidikan yang boleh membantu kita
menjadi mantap dari segi mental dan spiritual. Hati dan perasaan kita
akan tercanai sehingga benar-benar dapat membangunkan insaniah kita.
Seolah-olahnya poligami ini adalah riadhah (latihan) hidup bagi akal,
fizikal,hati dan nafsu kita.

Kita akan jadi pandai menyusun hidup dan memaksimumkan penggunaan
masa, kewangan dan sebagainya di antara isteri-isteri dan anak-anak
kita. Kita akan pandai mengambil hati para isteri dan melayan
kehendak fizikal, emosi dan rohani mereka kerana itulah perkara yang
akan memberi kepuasan kepada mereka yang kadang-kadang kita abaikan
ketika kita beristeri satu. Kita hanya "take for granted".

Kita akan sentiasa berusaha untuk berlaku adil dan sifat memaksa
diri supaya sentiasa berlaku adil dan tekanan atau tuntutan untuk
sentiasa berlaku adil itu sangat berkesan untuk menjadikan kita orang
yang adil atau sekurang-kurangnya orang yang berfikiran dan
berperasaan adil kerana tuntutan berlaku adil itu sentiasa bermain di
dalam fikiran dan hati kita.

Kita bertambah sensitif dan peka terhadap keperluan dan perasaan
isteri-isteri kita. Ini boleh menjadikan kita orang yang sensitif dan
peka terhadap keperluan dan perasaan orang-orang lain. Kita akan jadi
orang yang lebih mementingkan orang lain daripada diri sendiri.

Dalam keadaan berpoligami, kita akan belajar berfikir habis-habis
sebelum kita memperkatakan sesuatu, lebih-lebih lagi sebelum kita
berbuat sesuatu. Ini kerana risiko bertindak secara semberono dan
melulu mempunyai kesan yang lebih berat di dalam poligami daripada di
luar poligami. Banyak hati-hati yang akan tersentuh atau terluka.
Dalam monogami,kesilapan, kekasaran dan tindakan yang melulu lebih
mudah boleh diterima atau diambil ringan.

Dalam mendidik isteri yang ramai dan supaya mereka lebih mudah
menerima didikan kita, kita perlu jadi contoh dan kita perlu serius
dengan Tuhan dan hukum-hakam agama. Barulah kita ada wibawa dan
isteri-isteri kita mudah patuh dan akur akan kepimpinan kita kerana
kita sama-sama ingin menuju kepada keredhaan Tuhan.

Tidak ada ruang dalam poligami bagi suami yang ingkar dengan
perintah Tuhan dan yang meringankan agama kerana tidak ada isteri
yang akan hormat dan akan memberi ketaatan kepadanya.Disiplin perlu
dalam berpoligami. Begitu juga cara hidup yang berperaturan dan
berjadual. Poligami mendidik kita supaya berdisiplin dan
berperaturan.

Juga dalam menghadapi masalah dan tanggungjawab berpoligami yang
lebih berat, suami akan banyak meminta tolong dan bergantung harap
dengan Tuhan. Inilah satu sifat yang Allah sangat suka. Hati suami
akan banyak mengadu, meminta bantuan dan merintih dengan Tuhan.

Suami akan banyak mengingat Tuhan. Perkara ini juga berlaku kepada
para isteri.Dalam hendak memujuk-mujuk hati dan mendidik perasaan,
isteri akan juga banyak mengadu dan merintih dengan
Tuhan.Berbahagialah para suami dan isteri yang hati mereka sentiasa
bersama Tuhan.

Barulah kita nampak bahawa poligami sebenarnya amat baik dan sangat
penting. Kalau tidak, tentulah ia tidak menjadi `dakbus solihin' atau
tradisi para nabi dan rasul, wali-wali dan orang-orang soleh zaman
dahulu. Sudah pasti ada sesuatu yang besar dalam poligami.

Walaupun poligami ini telah disingkirkan oleh umat Islam bahkan
dicemuhkan, ia sebenarnya mencetuskan berbagai kekuatan. Bukan sahaja
bagi pihak suami bahkan isteri juga mendapat manfaat yang banyak dari
poligami. Walaupun mereka terpaksa mengurut-urut dada, memujuk-mujuk
hati dan terpaksa korban perasaan, mereka juga akan mendapat berbagai
kekuatan dalam menempuh ujian hidup berpoligami dan bermadu.

Bagi isteri-isteri yang monogami, hidup mereka banyak berlegar di
sekitar suami mereka sahaja. Apa-apa pun "husband I". "Husband I"
inilah. "Husband I" itulah. `Husband' mereka sudah jadi matlamat,
bukan lagi alat untuk menuju kepada Tuhan.

Bukan mudah untuk mengubah sikap dan pegangan ini. Suami mereka
lebih banyak di hati mereka dari Tuhan sendiri. Apa-apa pun suami,
bukan Tuhan. Poligamilah ubat yang paling mujarab bagi penyakit ini.
Apabila sudah bermadu, mereka akan sedar bahawa suami mereka bukan
hak mereka seorang. Dia sudah ada isteri-isteri yang lain. Ketika itu
hati mereka akan berhijrah daripada suami kepada Tuhan,tempat mereka
merintih, mengadu dan memohon kasih sayang.

Kita tidak akan tahu atau nampak cacat hati, sifat mazmumah dan
penyakit jiwa yang ada pada seorang isteri ketika dia seorang. Kita
sangka dia sudah baik. Bahayanya, dia akan mati membawa penyakit-
penyakit tersebut kalau ianya tidak dibongkar dan diubati. Sifat-
sifat mazmumah itu ialah dosadosa batin. Isteri itu sendiri tidak
akan bertaubat dari dosadosa tersebut kerana dia pun tidak tahu dan
tidak sedar.

Poligami ialah pembongkar segala sifat-sifat mazmumah para isteri.
Semasa bermadu, akan timbul sifat tidak redha, tidak sabar, tidak
bertolak ansur, derhaka kepada suami, maki hamun, hasad dengki, tamak
haloba, rebut harta, mengamuk dan lain-lain yang kita sangka tidak
ada semasa sebelum berpoligami.

Semasa berpoligamilah peluang untuk membongkar dan mengubati
penyakit-penyakit tersebut sehingga isteri menjadi seorang isteri
yang benar-benar solehah. Isteri yang baik dalam monogami belum tentu
baik. Isteri yang baik dalam poligami ialah isteri yang telah
terbukti kebaikannya. Isteri yang sayangkan suaminya dalam monogami
mungkin sayangkan suaminya kerana suaminya. Tetapi isteri yang
sayangkan suaminya dalam poligami menyayangi suaminya kerana Allah
SWT.

Jumaat, 2 November 2007

Islam menurut pandanganku

Islam agama Selamat


Setiap orang mempunyai pandangan tersendiri tentang Islam. Ia ibarat si buta yang meraba gajah. Oleh kerana diraba dari sudut berbeza maka muncullah pandangan berbeza. Tiada siapa yang berhak mengaku paling faham tentang Islam melainkan Allah.

Allah hu yahdi man yasha'

Ini kerana, kita semua buta. firman Allah dalam surah al an'am ayat 103 La tudrikul absarowahuwal yudrikul absar rowahuwal latiful khabir...

yang bermaksud lebih kurang dalam bahasa melayu "...tidak dapat dicapai oleh penglihatan mata, sedang Dia dapat melihat segala penglihatan itu dan Dialah Yang Maha Halus lagi Maha luas Pekhabarannya".

Maka menyedari itu, sebagai seorang yang buta maka kita perlu mendengar sudut pandangan orang buta yang lain untuk memahami Islam dengan sebaik-baiknya. Pada masa yang sama merendah diri meminta petunjuk dari yang Maha Melihat.

Sesungguhnya dengan belas kasihanNya, yang memiliki mata kita semoga kita ditutup penglihatan sehingga tidak dapat melihat kebenaran.

Sebagaimana firman Allah dalam surah yaa sin ayat 9 -10.
waja'alna mimm baini aidihim saddaun wamin khalfihim saddannnfaakhsainahum fahum la---yubsirun. wasawaun 'alaihim a'anzartahun amlam tunzirhum la---- yukminun.

maksudnya lebih kurang dalam bahasa melayu.

dan diadakan di hadapan mereka dinding dan di belakang mereka dinding. maka mereka tidak dapat melihat. Sama sahaja samada kau beri peringatan atau tidak beri peringatan pada mereka, mereka tidak beriman.

Semoga kita tidak jadi golongan sedemikian.

akhir kata, catatan di atas ialah ulasan menurut cetusan fikiranku sendiri, sila rujuk orang yang berilmu agama di tempat berhampiran dengan tuan untuk kepastian. Dalam Al Qur'an itu ada ayat muhkammad dan ayat mutasyabihat. ayat muhkammad adalah ayat Al Qur'an yang wajib dan bertanggungjawab setiap orang Islam untuk memikirkan dan menjadi alat kemajuan diri, bangsa dan negara.

manakala Ayat Mutasyabihat adalah ayat yang diharamkan berbincang mengenainya melainkan orang yang condong menyesatkan orang lain. ini jelas dalam surah al 'imran ayat ke 7

Dia-lah yang menurunkan Al Kitab (Al Qur'an) kepada kamu. Di antara (isi) nya ada ayat-ayat yang muhkamaat itulah pokok-pokok isi Al Qur'an dan yang lain (ayat-ayat) mutasyaabihaat. Adapun orang-orang yang dalam hatinya condong kepada kesesatan, maka mereka mengikuti sebagian ayat-ayat yang mutasyabihat untuk menimbulkan fitnah dan untuk mencari-cari takwilnya, padahal tidak ada yang mengetahui takwilnya melainkan Allah. Dan orang-orang yang mendalam ilmunya berkata: "Kami beriman kepada ayat-ayat yang mutasyabihat, semuanya itu dari isi Tuhan kami." Dan tidak dapat mengambil pelajaran (daripadanya) melainkan orang-orang yang berakal.

inilah tanda akhir zaman.

Tarikh hari ini

slow connection? click here